Petani India di Cameron Highlands desak masalah mereka didengar


Noel Achariam Christopher Rabin

Dengan kos sara hidup tinggi dan ekonomi yang perlahan, petani berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan hasil yang baik untuk kegunaan tempatan dan luar negara, tetapi mereka memerlukan bantuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Januari, 2019.

PEMILIKAN tanah, kekurangan pekerja dan tarif air yang tinggi adalah antara isu yang menghantui petani India di Cameron Highlands selama bertahun-tahun dan mereka mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikannya.

Dengan kos sara hidup tinggi dan ekonomi yang perlahan, petani berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan hasil yang baik untuk kegunaan tempatan dan luar negara, tetapi mereka memerlukan bantuan.

Presiden Persatuan Bunga Cameron Highlands, P.Viswanathan berkata terdapat kira-kira 600 keluarga India yang terlibat dalam pertanian, dan daripada itu, 480 keluarga adalah ahli Persatuan Peladang India.

“Masalah utama ialah isu lesen sementara (TOL). Walaupun selepas 40 tahun, kerajaan Pahang tidak mahu meminda syarat TOL, kerana mereka tidak mahu memberikan hak milik tetap tanah kepada kami,” kata Viswanathan, 56, kepada The Malaysian Insight.

“Isu lain ialah tarif air yang kini berjumlah RM40 sebulan bagi setiap ekar, yang diperkenalkan lima tahun lalu.

“Sama ada kita mendapat air dari hutan atau bawah tanah, kita perlu membayarnya juga. Ini adalah beban yang sangat berat bagi petani.

“Sesetengah petani membelanjakan RM50,000 hingga RM100,000 untuk air sahaja. Kami fikir ia sangat tidak munasabah. Kami mahukan kadar dikembalikan kepada RM20 setahun bagi setiap ladang, tanpa mengira saiznya.”

Presiden Persatuan Bunga Cameron Highlands, P.Viswanathan berkata terdapat kira-kira 600 keluarga India yang terlibat dalam pertanian, dan daripada itu, 480 keluarga adalah ahli Persatuan Peladang India. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Januari, 2019.

Viswanathan berkata isu lain yang memberi kesan kepada petani adalah kesesakan lalu lintas pada hujung minggu dan cuti.

Ini menjadi lebih buruk dengan pihak berkuasa tempatan memberi permit kepada penjaja untuk menjalankan perniagaan di sepanjang jalan yang sibuk.

“Ini adalah penyebab utama kesesakan, tentu saja ia memberi kesan kepada kita sebagai petani. Katakan kita mengeksport bunga, kadang-kadang dalam kesesakan lalu lintas, mungkin mengambil masa empat jam untuk perjalanan sejauh 10km. Pihak berkuasa perlu memindahkan penjaja ke tempat tetap dengan banyak tempat letak kereta,” katanya.

Beliau juga berharap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat mengurangkan tarif elektrik bagi petani yang menanam bunga.

“Industri ini memerlukan kita menggunakan elektrik pada waktu malam. TNB mengenakan kadar industri kepada petani, biasanya petani di negara asing membayar cukai pendapatan dengan harga diskaun. Saya sendiri membayar banyak cukai termasuk syarikat, individu, sewa pajak, tarif air dan SST. Berapa banyak cukai yang kami perlu bayar?” katanya.  – 22 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen