Ekonomi tak menentu, pengusaha restoran Cina mengeluh kurang tempahan


Andrew Chin

Kebiasaannya, masyarakat Cina mengadakan acara makan besar bersama keluarga pada malam sambutan Tahun Baharu Cina. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2019.

TEMPAHAN untuk makan malam sempena Tahun Baharu Cina di restoran-restoran Cina mengalami penurunan apabila pihak syarikat, keluarga dan invididu mengawal perbelanjaan ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kurang sebulan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, pemilik restoran mendapati ramai pelanggan tidak mengadakan acara makan besar secara kebiasaannya, menyebabkan penurunan tempahan antara 10% dan 20%.

Persatuan Restoran dan Chef Pan Malaysia Koo Soo berkata kebanyakan tempahan yang diterima setakat ini dibuat oleh keluarga untuk acara makan malam secara beramai-ramai yang kebiasaannya turut diadakan kalangan syarikat.

Presiden persatuan itu Lum Tuck Loy berkata pihak restoran hanya menerima tempahan kira-kira 50% hingga 60%, dengan melibatkan golongan berkeluarga yang membuat tempahan.

“Pasaran amat perlahan pada tahun ini, anda boleh melihatnya sendiri. Setakat ini, tiada kemeriahan, jadi restoran juga perlu melakukan promosi harga yang lebih rendah bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Lum berkata harga bahan masakan untuk Tahun Baharu Cina juga menjadi lebih mahal tetapi pengendali restoran tidak berani menaikkan harga dan lebih sanggup mendapatkan keuntungan kecil.

Dianggarkan bahawa margin keuntungan akan berkurangan kira-kira 10% pada Tahun Baharu Cina ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Restoran Loon Sing, Sia Book Kong berkata acara makan besar yang dianjurkan syarikat kebiasaannya bergantung kepada situasi ekonomi semasa.

Katanya disebabkan ekonomi negara yang kurang baik, hanya tidak banyak syarikat akan mengadakan acara makan besar itu untuk pekerja mereka.

Difahamkan sebelum ini, jumlah syarikat yang mengadakan acara makan besar jika dibandingkan dengan acara makan malam anjuran keluarga, adalah hampir sama.

Tetapi jumlah itu berbeza pada tahun ini apabila acara makan malam keluarga lebih banyak dengan kadar 65% berbanding penganjuran syarikat sebanyak 35%.

“Saya percaya kebanyakan syarikat akan tetap mengadakan acara makan besar bagi menghargai pekerja mereka. Namun mereka mungkin tidak memilih hotel atau restoran mewah, sebaliknya memilih lokasi yang lebih murah untuk menjimatkan kos,” kata Sia.– 12 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Everytime there is a hike in fuel, you guys hike up the prices. Same when comes to festive season, now go take a hide because of your greed.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Tan Kenny · Ulasan