Lokman Adam dibebaskan selepas 12 jam ditahan


Kalidevi Mogan Kumarappa

Lokman Noor Adam dibebaskan jam 10.30 pagi selepas bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sejak jam 10 malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Januari, 2019.

SELEPAS 12 jam ditahan dalam lokap, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam,dibebaskan pagi tadi.

Lokman yang juga presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), dibebaskan pada jam 10.30 pagi tadi selepas bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) sejak jam 10 malam tadi.

Semalam, Lokman dipanggil memberikan keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman, berhubung berhubung satu video “Kerajaan Pakatan Harap (PH) Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib”.

Sumber berkata, Lokman ditahan mengikut Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Setiausaha Pemantau, Lisa Yahaya, menerusi satu kenyataan semalam, memaklumkan Lokman ditahan selepas dipanggil untuk hadir di JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan pada jam 2 petang.

“Sebaik proses rakam keterangan ke atasnya selesai, beliau diberitahu akan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Pada sekitar jam 10.00 malam, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan diarahkan bermalam di situ dan dijangka dibebaskan esok (hari ini),” katanya. – 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kebijaksanaan manusia "manipulasi fakta kebenaran" sehingga orang ramai percaya (yang benar jadi salah dan sebaliknya) tidak akan sekali kali mengubah kebenaran yang dicatat oleh malaikat (malaikat tidak pernah silap)..

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan