Pergi bodek tempat lain, TMJ beritahu Syed Saddiq


Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terkenal dengan kritikan-kritikan pedasnya terhadap pemimpin negara. – Gambar Facebook, 26 Disember, 2018.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim hari ini memberitahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk “pergi bodek tempat lain”, selepas menteri belia dan sukan itu mengucapkan selamat hari kelahiran kepada saudara kandung Putera Mahkota Johor itu di Twitter. 

Tunku Ismail, dalam satu hantaran Twitter, juga menyeru Syed Saddiq untuk  “jangan sibuk dengan urusan keluarga saya”.

“Tolong ... Buat apa yang anda mahu. Cuma jangan libatkan keluarga saya sahaja dan pergi bodek tempat lain.”

Syed Saddiq pada Isnin lalu menghantar ucapan itu di dalam akaun Twitternya: “Selamat Hari Jadi, Tunku Idris. Patik akan selalu berdoa untuk kesejahteraan Tunku dan keluarga. “

Menjawab soalan pengguna Twitter mengenai adakah mereka boleh mengucapkan selamat hari lahir kepada Tunku Idris, yang merupakan Tunku Temenggong Johor, Tunku Ismail berkata: “Untuk kalian, bila-bila masa pun boleh. Ikhlas. Tiada agenda tersembunyi.”

Ini bukan kali pertama putera mahkota Johor itu menyasarkan Syed Saddiq di media sosial.

Pada bulan Oktober, beliau berkata menteri itu terlalu muda untuk memahami gaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Syed Saddiq di akaun Facebook memuji Dr Mahathir sebagai seorang “sentiasa mahu kesempurnaan (perfectionist)”, memberi reaksi berhubung itu Tunku Ismail kemudian menulis: “Perfectionist? Sama ada anda dalam delusi atau taksub. “

Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan menolak dakwaan bahawa ucapan perdana menteri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun merujuk kepada skrip.

Beliau yang baharu berusia 25 tahun muncul menjadi ahli termuda kabinet Pakatan Harapan.

Selain Syed Saddiq, Dr Mahathir juga turut dikritik Tunku Ismail. – 26 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Keturunan raja ke sangat? Duduk diam tak usah bertitah yang menunjukkan kebencian. Sekalipun benci, diam je. Sibuk nak gaduh juga..

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan