Penduduk kecewa keputusan Taman Rimba Kiara, berikrar terus berjuang


Noel Achariam Christopher Rabin

Persatuan Penduduk TTDI dan aktivis berkumpul membantah pembangunan Taman Rimba Kiara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 November, 2018.

PENDUDUK Taman Tun Dr Ismail kecewa dengan pengumuman yang pembangunan Taman Rimba Kiara adalah sah.

Koordinator Selamatkan Taman Rimba Kiara (STRK) Leon Koay berkata walaupun rancangan pembangunan mungkin sah, ia bukanlah perkara yang betul untuk dilakukan dan kemahuan politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kami sudah memberikan pendapat dan perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk memelihara kawasan hijau ini.

“Kita perlu membetulkan apa yang sudah dilakukan sebelum ini. Mungkin sukar, tetapi kami menawarkan untuk bekerja bekerjasama, jadi mari cuba lakukannya,” katanya selepas pertemuan dengan penduduk TTDI dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Khalid berkata taman sekuar 4.8 hektar itu dizonkan semula pada 2013 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan telah memohon tanah itu.

“Tanah ini dimiliki oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan digunakan untuk pembangunan bercampur. Mereka terpaksa membayar RM60 juta premium untuk membangunkannya.

“Perjanjian ini formal, perjanjian dibuat secara rasmi dan sah. Pemaju mengatakan ia akan menyerahkan tanah itu, tetapi kita perlu membayar mereka kembali sebanyak RM155 juta,” kata Khalid.

Koay berkata Khalid menawarkan untuk menubuhkan jawatankuasa kerja bersama untuk menangani isu itu.

“Jadi kami menganggap kerajaan menunjukkan bahawa, apabila ia merasakan keperluan untuk melakukan perkara yang betul demi kepentingan umum, mereka akan melakukannya.

“Khalid agak baru dalam jawatan itu, mari cuba bekerjasama dan menghasilkan keputusan yang sepatutnya,” katanya.

Koordinator Selamatkan Taman Rimba Kiara, Leon Koay berkata walaupun rancangan pembangunan mungkin sah, ia bukanlah perkara yang betul untuk dilakukan dan kemahuan politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 November, 2018.

Koay berkata taman itu tidak ditubuhkan untuk menjadi kawasan pembangunan komersial atau berkepadatan tinggi.

“Ia adalah sebahagian daripada Bukit Kiara, yang dibeli untuk tujuan awam, ia tidak sepatutnya dibenarkan untuk dibangunkan.

Leon juga berkata Kementerian Wilayah Persekutuan boleh membayar balik RM155 juta itu.

“Jika projek dibatalkan, pejabat tanah boleh kembalikan wang itu. Sebahagian besar bayaran balik.

“Mereka (pemaju) mungkin mendakwa hilang keuntungan tetapi harus dibuktikan di mahkamah, tetapi mereka belum mendapat izin penjualan. Mereka tidak mempunyai permit jualan, apa keuntungan yang hilang yang mereka katakan?”

Penduduk P. K. Chan, 56, berkata beliau kecewa tetapi masih percaya DBKL boleh membatalkan perjanjian itu.

“Saya yakin ada cara untuk beliau (Khalid) melakukannya. Saya rasa beliau mengambil jalan mudah dengan mengatakan beliau tidak boleh membatalkannya, beliau tiada kuasa untuk mengubahnya. Saya pasti ada cara.

“TTDI adalah tempat yang sangat sesuai didiami dengan taman-taman yang indah, jika kelulusan diberikan kepada pemaju untuk meneruskannya maka ia akan mengganggu alam sekitar.”

Seorang lagi penduduk, Peter Leong, 55, berkata Khalid perlu mencari keseimbangan antara apa yang sah dan apa yang boleh dilakukan.

“Tidak, saya tidak okay dengannya (kenyataan Khalid), kita tahu ada halangan yang perlu ditangani dan saya harap beliau melakukan yang terbaik.” – 24 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen