POLIS Sepanyol berkata empat suspek pengganas ditembak mati dan seorang lagi cedera awal pagi tadi di Cambrils, bandar selatan Barcelona di mana sebuah van merempuh pejalan kaki menyebabkan 13 orang awam terbunuh, semalam.
Pihak berkuasa Catalonia, di mana Barcelona dan Cambrils terletak turut mengesahkan insiden itu, di mana polis terdahulu mengatakan ia sebagai kemungkinan serangan pengganas.
Polis sebelum ini menahan dua suspek dikenal pasti sebagai warga Sepanyol dan Morocco, tetapi pemandu van itu masih belum ditahan. – AFP, 18 Ogos, 2017.
Komen