Myanmar hantar semula mangsa pemerdagangan manusia ke kem pelarian


SERAMAI 106 pelarian Bengali yang diseludup dalam sebuah kapal menuju ke Malaysia oleh sindiket pemerdagangan manusia, diselamatkan pihak polis di sungai Yangon pada Ahad.

Mereka kemudian dihantar ke kem pelarian di Sittwe, Rakhine Myanmar oleh sebuah kapal tentera laut, memetik media tempatan pada Isnin.

Diseludup oleh broker dengan harga 500,000 kyats (ASS$300) seorang, pelarian meninggalkan kem mereka pada 23 Oktober sebelum tiba di muara sungai Yangon, dekat bandar Kyauktan pada 16 November.

Menurut agensi berita Xinhua, pelarian itu terdiri 50 lelaki, 31 wanita dan 25 kanak-kanak.

Dalam perkembangan berkaitan, pertelingkahan tercetus sebaik sahaja polis menahan dua broker yang dikaitkan dengan sindiket itu.

Seorang pegawai polis dan empat Bengali cedera dalam insiden berkenaan. – Bernama, 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen