Rosmah didakwa atas tuduhan rasuah projek solar


Rosmah Mansor diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 November, 2018.

ROSMAH Mansor akan dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan projek tenaga solar hibrid di Sarawak.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azman Ahmad menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan membenarkan Rosmah untuk membuat pembayaran secara ansuran iaitu RM500,000 pada hari ini dan bakinya dalam tempoh seminggu.

Sebutan kes itu akan berlangsung  pada 10 Disember depan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta RM187.5 juta dari pengarah urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai balasan untuk meluluskan projek solar hibrid di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dengan nilai RM1.25 bilion menerusi rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mac dan April 2016 di sebuah kafe di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. 

Dalam pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM1.5 juta daripada Saidi Bang pada 7 September 2017 sebagai balasan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar yang sama.

Rosmah didakwa di bawah Seksyen 6(a)(A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia bagi kedua-dua kes dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali gandar daripada jumlah yang diterima jika didapati bersalah bagi setiap tuduhan.

Beliau diwakili oleh peguam K. Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.
 
Ini merupakan kehadiran kedua Rosmah di mahkamah selepas didakwa atas 17 pertuduhan bagi kesalahan penggubahan wang haram dan mengelak cukai.

Pembantunya, Rizal Mansor juga tidak mengaku bersalah atas empat tuduhan rasuah melibatkan RM218 juta di sebuah lagi mahkamah.

Rizal didakwa meminta sogokan itu bagi pihak Rosmah dan dirinya sendiri.

Sogokan itu bagi memastikan Urusan Jepak Holdings diberikan projek solar hibrid.

Rizal didakwa menerima wang itu daripada Saidi Abang antara Mac dan Disember 2016. – 15 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Licik sungguh, apa lg suami PM boleh approve everything

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leng Kapri As Saribasi · Ulasan

  • Senangnye buat duit berjuta2. Suruh suami bajetkan projek solar tu dan bila nak award contract, buat deal dgn kontraktor yg dipilih dan bingo - dpt komisyen berjuta2. Duit tu duit negara, duit rakyat, dia ingat suami dia punya. Licik sungguh. Kenapa la kecik2 tu x mampus spya x menyusahkan negara.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leng Kapri As Saribasi · Ulasan