Manifesto singkir Hadi Awang


Izmil Amri

“SUDAH menikah ke belum? Eh, kalau dah kahwin mestilah jemputkan?” soal nenek saudara saya, menyedari saya sesungguhnya masih bujang.

Tak sampai seminit, beliau kembali bertanya, “Mana bini hang?”

Lebih kurang begitulah soalannya, meski sudah tiga empat kali diberitahu saya belum beristeri.

Demikianlah keadaanya mereka yang sedang meningkat usia. Awal pagi bulan Ramadan beliau akan bangun sahur dan menjelang 9 pagi muncul ke dapur mencedok nasi. Masuk Maghrib, beliau kembali resah mahu berbuka puasa.

Dalam budaya Melayu, penyakit pelupa dan nyanyuk ini dianggap biasa. Orang tua memang sampai satu masa akan merosot daya fikirnya.

Di Barat, penyakit ini diberi nama Alzheimer; keadaan degeneratif terhadap sel dan fungsi otak yang menyebabkan ia mengecil. Sehinggakan dalam kes lebih berat, pengidapnya langsung lupa tentang ahli keluarga, mendengar suara dalam kepala dan sebagainya.

Ia bermula secara kecil-kecilan, selalunya dengan terlupa hal tidak penting atau sukar mengingati perkara baru terjadi.

Semakin lama, dan jika tidak dirawati; ia boleh membawa kepada masalah lebih rumit, seperti tersesat jalan, hilang pandu arah, daya kognitif merosot dan sukar menguruskan diri.

Puncanya tidak begitu diketahui, kecuali ada yang menyalahkan faktor genetik selain faktor kecederaan kepala, tekanan darah tinggi dan kemurungan melampau.
Lebih menyedihkan, tiada rawatan boleh menghentikan atau membalikkan kesan penyakit tersebut terhadap otak.

Penyudahnya pengidap terpaksa bergantung harap kepada waris atau penjaga, untuk membantu dalam soal harian termasuk menguruskan makan minum, kewangan, dan keterhubungan sosial.

Namun Alzheimer tidak mendiskriminasi. Bukan sahaja Melayu yang mudah lupa.

Politik Malaysia turut tidak sunyi daripada populasi pemimpin yang kadang-kala suka berlakon lupa, atau memang benar-benar lupa segala akan segala yang mereka perkata dan lakukan. Bahkan sehingga memberi kesan buruk terhadap fabrik politik negara, selain struktur parti mereka sendiri.

Adakah beliau uzur?

PAS misalnya sepanjang dua tahun lalu bergelut dengan kepimpinan bermasalah, dan kita tidak boleh mengelak daripada bertanya dengan seikhlas hati: adakah presidennya Abdul Hadi Awang sedang uzur?

Seluruh negara tahu PAS berhadapan masalah malah tanzim pimpinan PAS juga menyedarinya.

Mereka hanya memilih untuk tidak buat apa-apa kerana ia berakar daripada sosok tubuh Hadi sendiri dan merebak ke lingkungan penasihat dan yang sama waktu dengannya.

Sesudah kontroversi Unity Government seawal cubaan bergabung dengan Umno untuk menubuh kerajaan negeri di Selangor, yang kemudian membawa kepada cubaan  menggantikan calon perdana menteri Pakatan Rakyat (waktu itu) Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh; Hadi tidak henti membuat keputusan politik yang membawa akibat buruk terhadap partinya.

Keputusan membuat beberapa pusingan U ketika krisis Selangor sewaktu Langkah Kajang yang kemudiannya mengundang perbalahan dengan DAP dan seterusnya PKR, membuatkan kita tambah resah dengan presiden parti Islam ini, yang sesuka hatinya membuat keputusan sendiri, berlainan keputusan mesyuarat.

Namun, perkembangan mutakhir ini memudahkan kerja akar rumput PAS untuk membulatkan tekad agar menyingkirkan presiden bermasalah ini.

“Sarkas” RUU355 barangkali merupakah testimoni paling ampuh untuk menjadi dalil kepada perlunya Hadi dilengser daripada jawatan presiden, dan diganti orang lain yang jauh lebih mampu memikul tugas tersebut; apatah lagi berhadapan pilihan raya tidak lama lagi.

Hadi perlu disingkir daripada kerusi presiden PAS jika parti itu mahu kembali berfungsi sebagai parti pembangkang sepatutnya, dalam barisan kerajaan menunggu bagi menggantikan kerajaan kleptokrat pimpinan Umno.

Sebaliknya, jika Hadi kekal sebagai presiden, PAS bukan sahaja tidak akan berfungsi sebagai pembangkang, malah akan menjadi tongkat kepada Umno untuk terus kekal berkuasa di Putrajaya, sambil terus melayan PAS sebagai parti melukut tanpa sebarang kepentingan.

Betapa berat malu ditanggung

Apalah malang nasib parti yang sebelum ini dipimpin tokoh besar seperti Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat sehingga ia kini terpaksa menutup mulut, mata dan telinga terhadap kesemua dosa Umno hanya untuk ditipu hidup-hidup dalam usaha besarnya bagi mengangkat martabat agama.

Keputusan Barisan Nasional untuk tidak mengambil alih pembentangan RUU355 setelah diasak bertubi-tubi parti komponen pastinya memberi tamparan hebat kepada PAS.

Apatah lagi setelah seluruh jentera parti dikerah turun ke Padang Merbok, menyambut salam perdana menteri dengan laungan takbir.

Apa jadi dengan komitmen dan janji yang dijaja kepada akar rumput PAS yang selama ini pula menyangka RUU355 itulah hudud, dan hudud itulah RUU355.

Hadi membohongi pengikutnya mentah-mentah. Bak kata orang, seperti jual kereta Mercedes dengan katalog BMW tetapi akhirnya yang keluar ialah kereta Proton. Dan dalam kes ini, enjin keretanya pun tiada.

Semua orang tahu hakikat ini. Hadi adalah presiden PAS paling gagal dalam sejarah. Hanya mujur pegang Terengganu dan Kedah selama sepenggal, parti berpecah, dua kali tercicir daripada pakatan pembangkang; hampir terlondeh semuanya sekali di Selangor jika bukan kerana dua Adun yang kini sudah masuk Amanah, dan kini ditipu BN selepas satu masa yang panjang membuat gencatan senjata, sedangkan Umno masih menyerangnya dalam senyap.

Hadi adalah masalah kepada PAS, seperti Najib Razak terhadap Umno. Jika PAS mahu terus mereput di Kelantan demi dedak sebakul, teruslah tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya, pada muktamar bulan depan, katakanlah dengan satu suara, “Maraghbar Haji Hadi”. – 1 April, 2017.

* Izmil Amri, berasal dari Pulau Pinang dan sering gagal dalam banyak hal. Kini seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hadi ada BMW --- Busuk Macam Wabak!!!

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Ab meeda · Ulasan


  • Lim Kit Siang should be ashamed of himself for selling his soul to the devil, Mahathir. 

    Mahathir is not interested in reforms or saving Malaysia. He's only interested in saving Umno through Bersatu, and making sure there's no Opposition in Parliament after GE14. Mahathir wants to avoid ending up in jail along with other Umno leaders. 

    After GE14 in 2018, Keningau MP Jeffrey Kitingan will be the sole opposition member in Parliament. Sabah and Sarawak would have lost their kingmaker status. We will not hear anything more about autonomy for Sabah and Sarawak. 

    It will be 2058 before the opposition emerges strong again in Parliament.

    After 2018, it will take another 40 years before there's a strong Opposition in Parliament. 

    After May 13, 1969, it took 39 years before a strong Opposition emerged in Parliament in 2008. 

    Mahathir wants to hand over Sabah to the PTI through Warisan and finish off the Orang Asal and Borneo rights advocates. 

    That's why Warisan is demonising JK and other Borneo rights advocates.

    The racist Malays agree with Mahathir that Umno should be saved through Bersatu and there should be no opposition in Parliament after GE14. 

    The issue in 2018, whoever wins, is to ensure a strong opposition in Parliament.

    The battlelines against BN have been drawn in Sabah, Sarawak and Malaya.

    Sabah:

    DAP

    PKR

    Amanah

    Warisan (reject them)

    Star

    Sapp (reject them)

    PCS (reject them)

    Lajim's party (reject them)

    SakSaMa through BBB

    Sarawak:

    DAP

    PKR

    Amanah

    PAS (reject them)

    Star Sarawak (reject them)

    PBDS

    Malaya:

    DAP

    PKR

    Amanah

    Hindraf

    Bersatu (reject them)

    PAS (reject them)

    SakSaMa through BBB

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Joe Fernandez · Ulasan

  • Most muslims in Malaysia has no issue with RUU355. Those who oppose that private bill fiercely are those who stand behind Lim Kit Siang, including PKR, PPBM and PAN, simply because those DAP's doggies need DAP's support and craving LKS as leader. Those are stupid malays and so shameful to be called one.

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Aris Penampar · Ulasan