Penternakan kerang di Kuala Sepetang


David ST Loh

PENTERNAKAN kerang merupakan industri jutaan ringgit di Malaysia. Ia memuncak pada 2005 apabila mengeluarkan 100,000 tan kerang untuk pasaran tempatan dan eksport. Sering dihidang dalam cahr koay teow, mi kari dan di gerai ‘lok-lok’, kerang menambah perisa makanan laut ke dalam hidangan. 

Kuala Sepetang pernah menjadi lokasi penterbakan kerang terbesar di Malaysia. Penternak kerang biasanya meraih pendapatan sehingga RM5,000 ke RM6,000 sebulan. Namun kini tuaiannya semakin berkurangan kepada hanya 7,000 tan setahun. 

Kebanyakan penternak beralih kepada indutri akuakultur lain seperti ikan dan udang, atau membawa penumpang dengan bot mereka ketika ekonomi semakin berkembang di Kuala Sepetang. 

Mereka yang masih menternak kerang hanya mampu berpuas hati dengan hasil yang sedikit. Aada yang terpaksa menuai pada awal tempooh matangnya, iaitu ketika saiznya hanya sebesar syiling 5 sen walaupun mereka akan mendapat hasil yang lebih baik dengan saiz sebesar 50 sen atau lebih besar. 

Pencemaran laut dipercayai berpunca daripada saluran pembentungan, akuakultur dan pembuangan sampah secara terbuka menjadi antara punca kekurangan hasil. Ia turut dibimbangi tercemar dengan Hepatitis A. Pemantauan kualiti air yang berterusan di kawasan penternakan kerang amat penting untuk pengeluaran hasil yang lebih baik. – 30 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen