JUMAAT lalu, gempa kuat berukuran 7.5 Ritcher yang kemudian mencetuskan tsunami setinggi 0.5 hingga 3 meter melanda Bandar Palu, di Pulau Sulawesi, Indonesia.
Bencana itu setakat ini mengorbankan 832 orang, jumlah yang maut dijangka terus meningkat kerana banyak kawasan masih terputus hubungan. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Bekalan makanan, air bersih dan perubatan masih belum pulih sepenuhnya. Bencana itu juga mencetuskan kekecohan awam apabila ramai mengambil kesempatan merompak kedai yang terjejas teruk. – 30 September, 2018.
Sebuah masjid di Palu, Sulawesi Tengah yang musnah dilanda tsunami susulan gempa kuat melanda kawasan itu. Palu terletak 80km dari pusat gempa. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Sebuah masjid di Palu, Sulawesi Tengah yang musnah dilanda tsunami susulan gempa kuat melanda kawasan itu. Palu terletak 80km dari pusat gempa. – Gambar AFP, 30 September, 2018.Mayat mangsa yang terbunuh kerana gempa dan tsunami di Palu. Angka rasmi dikeluarkan kerajaan menunjukkan 832 orang maut, angka korban dijangka naik kerana masih banyak kawasan terputus hubungan. – Gambar AFP, 30 September, 2018.Presiden Joko Widodo melawat Palu selepas gempa dan tsunami memusnahkan bandar dengan penduduk 350,000 orang itu. – Gambar AFP, 30 September, 2018.Hotel sepuluh tingkat yang runtuh susulan gempa di Palu, Sulawesi Tengah. Kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan berkenaan. – Gambar AFP, 30 September, 2018.Mayat mangsa yang terbunuh kerana gempa dan tsunami di Palu. Angka rasmi dikeluarkan kerajaan menunjukkan 832 orang maut, angka korban dijangka naik kerana masih banyak kawasan terputus hubungan. – Gambar AFP, 30 September, 2018.Dalam bencana, terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan merompak barangan kedai yang musnah disebabkan gempa dan tsunami di Palu, Indonesia. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Dalam bencana, terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan merompak barangan kedai yang musnah disebabkan gempa dan tsunami di Palu, Indonesia. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Penduduk Palu, Indonesia berebut mendapatkan minyak daripada sebuah lori tangki yang rosak kerana gempa dan tsunami. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Penduduk berbaris untuk mendapatkan bekalan air bersih selepas gempa dan tsunami di Palu, Indonesia yang kini mencecah korban lebih 800 orang. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Mangsa cedera dirawat anggota tentera, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan di Palu, Indonesia selepas gempa kuat dan tsunami memusnahkan kawasan itu. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Mayat mangsa yang terbunuh kerana gempa dan tsunami di Palu. Angka rasmi dikeluarkan kerajaan menunjukkan 832 orang maut, angka korban dijangka naik kerana masih banyak kawasan terputus hubungan. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Gambar dikeluarkan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia menunjukkan kawasan terjejas kerana tsunami di Palu, Sulawesi Tengah. – Gambar EPA, 30 September, 2018.Pasukan perubatan merawat seorang mangsa cedera dalam bencana gempa dan tsunami di Palu, Indonesia. – Gambar AFP, 30 September, 2018.
Komen