SIAPA sangka denim daripada jeans terbuang boleh menjadi rekaan beg anggun dan memberi pendapatan tetap kepada sekumpulan ibu tunggal.
Segalanya dicetuskan oleh Salena Ahmad, 50, yang nekad mengusahakan produk tersebut sejak 2014 selepas diceraikan suaminya, demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Walaupun dilanda tekanan, tetapi sebagai seorang ibu tunggal, beliau mahu dipandang sebagai contoh kepada anak-anaknya.
“Anak sumber kekuatan, tengok anak kekuatan datang dengan sendirinya. Kalau kita (ibu tunggal) berubah, nasib anak juga berubah,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di pusat operasi perniagaannya, Klang. – 24 September, 2018.
Semua pekerja Suri Inspirasi Sdn Bhd adalah ibu tunggal yang diberi gaji sebanyak RM800 ke RM1,000 sebulan – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Lebih RM20,000 sebulan dapat dikumpulkan hasil jualan denim kitar semula oleh Suri Inspirasi Sdn Bhd yang menggunakan jualan atas talian menggunakan Instagram dan laman web mereka – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.A woman works on turning an old pair of jeans into a new product in Klang, Selangor.
Seorang wanita bekerja untuk mengubah dua pasang denum kepada produk baru di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Seorang anak menemani ibunya yang sedang bekerja di Suri Inspirasi Sdn Bhd, di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Ibu-ibu tunggal membawa anak mereka ke Suri Inspirasi Sdn Bhd di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Ibu tunggal jana kehidupan daripada denim terpakai yang dikitar semula di Suri Inspirasi Sdn Bhd di Klang– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Barangan-barangan dari denim terpakai disusun kemas– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Denim lusuh yang dibuang, dikitar semula menjadi beg baru di Suri Inspirasi Sdn Bhd. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.Syarikat ini menggunakan bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menjalankan kelas-kelas jahitan untuk ibu tunggal – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2018.
Komen