PADA 2 September 1998, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno Anwar Ibrahim dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Pemecatan itu mencetuskan pergerakan Reformasi pada 20 September 1998. Ribuan rakyat memenuhi jalan raya Kuala Lumpur membantah kekejaman terhadap Anwar, ratusan ditangkap dan dihumban masuk penjara.
Ia juga mencetuskan perubahan dalam landskap politik Malaysia, KeAdilan yang kemudian jadi PKR dibentuk. Ketika Anwar dalam penjara, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui parti itu melawan kerajaan BN.
Seperti perlian sejarah, Dr Mahathir yang dahulu musuh Reformasi keluar kerajaan dan bergabung dengan pembangkang membentuk Pakatan Harapan untuk melawan Najib Razak dan kroni politiknya.
Pada 9 Mei 2018, PKR bersama-sama Bersatu, Amanah dan DAP berjaya menendang BN dari Putrajaya setelah 60 tahun ia memerintah.
Selepas 20 tahun, Anwar mengikut perjanjian parti PH akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8. Langkah pertamanya adalah bertanding Pilihan Raya Kecil Port Dickson 13 Oktober depan untuk kembali ke Parlimen. – 20 September, 2018.
Sebelum ditahan Anwar Ibrahim memberikan ucapan di Masjid Negara, di tengah-tengah Kuala Lumpur yang menghimpunkan ribuan rakyat. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Pada 1998, Anwar Ibrahim ditahan selepas dua minggu dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti pemerintah. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Mata lebam Anwar Ibrahim diabadikan dalam logo PKR yang kini salah satu parti Pakatan Harapan. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Pemecatan Anwar Ibrahim mencetuskan Reformasi rakyat yang mengubah landskap politik Malaysia. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan menjadi isu utama negara yang ketika itu bergelut dengan kesan Krisis Kewangan Asia 1997. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Anwar Ibrahim daripada puncak kuasa ke tahanan penjara menjadi simbol penentangan rakyat. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Pada 1998, laungan Reformasi bergema di seluruh negara, 20 tahun kemudian ia mengubah Putrajaya selamanya. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Ribuan rakyat memenuhi jalan raya Kuala Lumpur melaungkan Reformasi dan sokongan kepada Anwar Ibrahim. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Dua anak perempuan Anwar Ibrahim yang ketika itu masih kecil, Nurul Iman dan Nurul Nuha turut terkait skandal pemecatan bapa mereka. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Antara tokoh yang memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim adalah Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS, ditengah-tengah adalah Tian Chua yang 20 tahun selepas ini jadi orang kanan PKR dan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Anwar Ibrahim diiringi pegawai penjara untuk ke hospital menerima rawatan melambai kepada penyokongnya. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Tian Chua yang masih muda remaja ditahan polis ketika perhimpunan membantah kekejaman terhadap Anwar Ibrahim. Pemuda ini 20 tahun kemudiannya jadi tokoh penting politik negara. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Gambar Anwar Ibrahim yang lebam matanya setelah ditumbuk ketua polis negara ketika itu, Rahim Noor tular dan bangkitkan kemarahan rakyat. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Pemecatan Anwar Ibrahim jadi isu tumpuan dunia, lelaki yang dianggap progresif Islam itu dijatuhkan kerajaan Barisan Nasional. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketika Anwar dipenjarakan, Dr Wan Azizah menerajui PKR yang jadi parti utama mengubah landskap politik perkauman Malaysia selamanya. – Gambar fail AFP, 20 September, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan