Meriah hijau Muktamar Tahunan PAS ke-64


Nazir Sufari

MUKTAMAR Tahunan PAS ke-64 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, di Kuala Nerus, Terengganu telah berlangsung selama tiga hari mulai 14 September dan berakhir semalam.

Simboliknya, muktamar kali ini diadakan di Terengganu selepas PAS berjaya menawan semula negeri itu yang jatuh ke tangan Barisan Nasional pada 2004. 

Kali terakhir muktamar di Terengganu ialah di Rusila pada 1999 selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

Muktamar kali ini juga menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi Umno seperti Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden MIC S K Devamany. – 17 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen