BATU Caves merupakan tempat suci bagi penganut agama Hindu dan menarik jutaan penganutnya ketika sambutan Thaipusam, namun ia juga merupakan lokasi tarikan pelancong yang melawat Malaysia.
Dalam persediaan untuk upacara penyucian kuil (Kumbhabhisekham), yang diadakan setiap 12 tahun, kuil berkenaan melalui kerja-kerja pembaikan struktur serta dicat dengan pelbagai warna yang menarik.
Upacara penyucian itu menurut kepercayaan penganut Hindu, akan memperbaharui tenaga positif di tempat pemujaan berkenaan.
Setiusaha kuil Batu Caves Sethutathy Kumarsamy berkata, proses penambahbaikan itu menelan belanja sebanyak RM5.5 bilion.
Pembaikpulihan berwarna warni itu, terutamanya pada 272 anak tangga yang menghala ke gua kuil berkenaan menjadikan Batu Caves sebagai tarikan utama.
Bagaimanapun, kuil berkenaan sekali lagi berdepan masalah kerana kerja penambahbaikan itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara. – 2 September, 2018
Burung merpati berterbangan di kawasan tangga menuju ke kuil Batu Caves.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018Pekerja menjalankan kerja penambahbaikan berehat pada tangga di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Seorang wanita menuruni anak tangga di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Pasangan ini bergambar kenangan di kawasan tangga Batu Caves. Kawasan 272 anak tangga ini menjadi tumpuan pelancong untk bergambar kenangan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Pekerja bersedia untuk mencuci lantai kuil dengan hos di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Pengunjung sempat merakam gambar seekor monyet di kuil Batu Caves.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September 2018. Pengunjung menaiki 272 anak tangga menuju ke kuil di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018.272 anak tangga di Batu Caves berwajah baru selepas dicat sebagai sebahagian kerja pembaikan uang dijalankan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Seorang pekerja mengecat tiang utama di kuil Batu Caves. Lebihan cat berkenaan digunakan untuk mengecat anak tangga. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Kawasan burung merpati turut menjadi tarikan utama pelancong kerana kejinakannya di Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September, 2018. Seorang lelaki membawa beberapa kotak minuman menaiki anak tangga ke kuil Batu Caves. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 September 2018.
Komen