Merdeka 2018 pamerkan semangat perpaduan


Afif Abd Halim Seth Akmal Nazir Sufari Najjua Zulkefli

HARI Kemerdekaan tahun ini menyaksikan sejarah baharu Malaysia apabila disambut di bawah kerajaan baharu susulan kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.

Perarakan kali ini bertemakan “Sayangi Malaysiaku” yang menggabungkan komponen patriotik, ketenteraman awam, keselamatan negara dan perpaduan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut memilih Putrajaya sebagai lokasi perarakan berbanding Dataran Merdeka. Kali terakhir perarakan Hari Merdeka diadakan di Putrajaya adalah pada 2005.

Dr Mahathir merupakan pemimpin yang mencetuskan inisiatif untuk membangunkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia.

Dianggarkan kira-kira 300,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perarakan itu. – 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen