KETIKA negara berada di ambang sambutan Merdeka, masyarakat Orang Asli di Gua Musang masih merasakan mereka berbeza walaupun mereka merupakan penduduk asal tanah yang diberi nama Malaysia.
Ini kerana tuntutan mereka untuk tanah adat yang mereka gunakan sejak bergenerasi dahulu masih belum diiktiraf oleh kerajaan Kelantan.
Semalam, mereka berdepan satu lagi situasi tegang dalam mempertahankan hak mereka apabila sekatan yang dibina untuk menghalang tanah adat mereka daripada diceroboh dimusnahkan oleh agensi kerajaan negeri Kelantan.
Selepas didirikan selama hapir lapan bulan, sekatan yang mereka bina dan kekalkan itu dirobohkan sedang mereka hanya mampu memerhati dengan linangan air mata.
Kini, tiada apa lagi yang boleh menghalang syarikat perladangan dan pembalakan daripada memasuki dan terus memusnahkan kawasan hutan yang menjadi tempat mereka bergantung.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh aktivis Mustafa Along - semua orang merasakan mereka bebas atau “merdeka”, tetapi tidak bagi Orang Asli. Kami dinafikan hak sebagai rakyat. – 28 Ogos, 2018
Pegawai Jabatan Perhutanan Kelantan merobohkan sekatan Kaleg di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018Aktivis Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JAKOAK) membentuk perisai manusia bagi menghalang anggota Jabatan Perhutanan merobohkan sekatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogs, 2018. Aktivis JAKOAK membentuk perisai manusia bagi menghalang sekatan mereka daripada dirobohkan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK di sekatan Kaleg, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK berkumpul di sekatan Kaleg bagi menghalang pihak berkuasa merobohkan sekatan. – Gambar The Malaysian oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Anggota Jabatan Perhutanan Kelantan memujuk aktivis untuk merobohkan sekatan secara sukarela. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Anggota Jabatan Perhutanan merobohkan sekatan Kaleg di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Jabatan Perhutanan merobohkan sekatan Orang Asli Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK membentuk perisai manusia bagi menghalang sekatan daripada dirobohkan pihak berkuasa.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK membentuk perisai manusia di sekatan Kaleg, Kuala Betis Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK membentuk perisai manusia dan enggan berganjak ketika anggota penguatkuasa merobohkan sekatan. – Gambar The Malaysian oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Anggota Jabatan Perhutanan merobohkan sekatan Kaleg di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Nur Mohd Syafiq Dendi Abdullah menangis ketika cuba menghalang pihak berkuasa merobohkan sekatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018. Aktivis JAKOAK cuba menghalang anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan daripada merobohkan sekatan yang mereka dirikan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 28 Ogos, 2018.
Komen