NURAINA Halisya Hamiruddin, 19, mungkin kelihatan seperti gadis biasa tetapi pelajar jurusan Pengurusan Maritim ini adalah seorang pelumba motosikal yang penuh bersemangat.
Mengejutkan banyak pihak, Nuraina tidak memiliki lesen motosikal tetapi hanya lesen perlumbaan pertandingan yang dikeluarkan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Nuraina, bermula pada usia sewal 15 tahun dan pertama kali bertanding pada perlumbaan di Elite Speedway USJ.
Beliau membuat penampilan di beberapa pertandingan dan keputusan terbaiknya adalah berjaya menempatkan diri antara empat pelumba teratas.
Anak sulung di kalangan empat beradik ini kemudian dengan yakin menyertai Malaysian Cub Prix, siri perlumbaan underbone peringkat kebangsaan yang lebih kompetitif bagi motosikal 100-150cc pada 2016.
Beliau dibenarkan bertanding dalam kategori “Wira KBS” dan pakciknya, Jafry Sahran, 45, yang mempunyai pasukan motosikal sendiri (SPT Racing Team) dan bengkel, akhirnya menjadi pelatih dan mekaniknya.
Dalam tempoh ini, bakatnya dilihat oleh YY Pang Motul, satu pasukan lumba elit, yang kemudian menawarkan diri untuk melatihnya.
Bagaimanapun, ia ditolak oleh keluarga Nuraina kerana mahu beliau memberi tumpuan kepada pengajiannya.
Setelah menamatkan peperiksaan sekolah menengah, Nuraina menyambung kembali cita-citanya.
Kini, beliau bertanding dalam kategori Pro-Am dan perlu mengambil bahagian dalam 10 perlumbaan sepanjang tahun.
Anggaran kos untuk setiap perlumbaan hampir mencecah RM4,000 kerana beliau dan pasukannya perlu pergi ke negeri berlainan untuk menyertai pertandingan.
Selain menggunakan simpanan peribadi, pakcik Nuraina juga meletakkan tabung di sebuah restoran berdekatan bengkelnya, untuk membantu mengumpul sumbangan. Ia selalunya memperoleh kira-kira RM500 bagi setiap kali kutipan.
Walau berdepan cabaran, Nuraina masih bersemangat dan menetapkan matlamat untuk menyertai Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya Asia (ARRC) dalam masa dua tahun.
Bagi melihat impiannya menjadi kenyataan, Nuraina mensasarkan untuk memenangi setiap perlumbaan dan konsistens dalam prestasinya. – 26 Ogos, 2018.
Nuraina Halisya tenang menyiapkan diri sebelum permulaan sesi kelayakan Pro Am Cub Prix di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.
Nuraina Halisya (69) mendahului pelumba lain semasa sesi kelayakan Pro Am Cub Prix di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya (kanan) menerangkan keadaan motosikal kepada pakciknya Jafry Sahran di bengkel di Sungai Ara Damansara, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya (kanan) bersama kawan baiknya, Khairunnisa Khairil menikmati makan malam di bengkel pakcik Nuraina di Sungai Ara Damansara, Selangor. Mereka berkawan sejak sekolah rendah dan Khairunnisa selalu muncul di trek untuk memberi sokongan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Tabung sumbangan untuk membantu Nuraina Halisya bagi perlumbaannya di restoran yang terletak di sebelah bengkel pakciknya di Sungai Ara Damansara, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina memasukkan motosikalnya ke dalam van bapa saudaranya, yang akan dibawa ke tempat perlumbaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.
Nuraina Halisya melakukan rutin senaman di taman berhampiran Taman Tun Dr Ismail. Beliau harus menjaga kecergasannya sebaik mungkin sebelum tiba hari perlumbaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya (dua dari kiri) dan pelumba lain menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh marsyal perlumbaan sebelum pusingan keempat Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya bermain dengan telefonnya di sebuah inap desa di Temerloh, Pahang. Keluarganya sering menempah inap desa ketika beliau menyertai perlumbaan. Ibunya, yang turut menemani akan membantu menyediakan makanan untuk seluruh pasukan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya memeriksa motosikalnya sebelum sesi kelayakan di perlumbaan Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Peminat pertandingan permotoran tidak berganjak walaupun hujan semasa pusingan keempat perlumbaan Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.
Nuraina Halisya bermula pada grid 15 bagi sesi kelayakan pusingan keempat perlumbaan Malaysia Cub Prix di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Ibu Nuraina Halisya, Norhayati Sahran memberi kata-kata dorongan sebelum sesi kelayakan di perlumbaan Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya melangkah sedih ke padok selepas sesi kelayakan. Beliau masih bersemangat dan bertekad untuk bertanding pada Kejohanan Asia Road Racing satu hari nanti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.Nuraina Halisya menamatkan sesi kelayakan pusingan keempat perlumbaan Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos 2018.
Komen