Kemuncak ibadah suci rukun Islam kelima


LEBIH 2 juta umat Islam menunaikan ibadah haji di Arab Saudi tahun ini.

Ia merupakan rukun Islam kelima dan dikehendaki ditunaikan oleh semua umat Islam yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Ibadah haji memberi peluang kepada jemaah untuk berasa lebih hampir dengan Allah yang berdepan pelbagai cabaran hebat dunia masa kini, termasuk ancaman kumpulan militan Islamic State dan nasib minoriti umat Islam Rohingya di Myanmar.

Hari Raya Aidil Adha atau “Hari Raya Korban” menandakan tamatnya musim haji tahun ini dan dirayakan bagi mengenang ketaatan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya demi Allah.

Hari Raya Haji disambut setiap tahun oleh umat Islam dengan menyembelih pelbagai haiwan seperti lembu, unta dan kambing sebagai korban. – 22 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen