TERDAPAT 141 kilang sembelihan halal di seluruh negara yang diberikan akreditasi Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)- agensi tunggal diberikan kuasa mengeluarkan sijil halal di Malaysia.
Setiap kilang perlu mematuhi peraturan ketat panduan umum makanan halal dalam aspek pengeluaran, persediaan, pengendalian dan penyimpanan.
HFS Food Solutions Sdn Bhd adalah salah satu kilang yang berupaya memproses sehingga 10,000 ekor burung setiap hari bermula daripada jam 8 malam sehingga 3 pagi. Ia beroperasi pada waktu malam supaya ayam yang disembelih boleh dihantar untuk dijual serta merta.
Dalam proses industri itu, lima pekerja ditugaskan untuk menyembelih ayam mematuhi amalan Syariah. Setiap mereka hanya dibenarkan menyembelih 2,000 ayam setiap hari.
Ayam itu akan dicarik, dibersihkan dan dipotong mengikut pesanan. Ayam segar itu kemudiannya dibungkus dan dijual epada pasar raya, pasar basah dan restoran. – 16 Ogos, 2018.
Kumpulan pertama sebanyak 4,500 ekor ayam tiba di HFS Food Solutions Sdn Bhd pada jam 7 petang untuk disembelih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Sembilan kandang ayam menempatkan 10 ekor setiap satu ditimbang. Ini adalah amalan prosedur standard dan setiap kandang perlu ditimbang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Seorang pekerja menyembur air kepada ayam selama sejam untuk menenangkannya dan membersihkan kandang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Pekerja penyembelihan memakai apron plastic, penutup muka dan mulut bersedia untuk melakukan sembelihan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Ayam yang mati atau cedera ketika sampai di kilang akan diketepikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Ayam melalui proses mandian kejutan elektrik sebelum disembelih. Jakim menetapkan kuasa kejutan antara 2.5 hingga 10. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Seorang pekerja menetapkan jam detik selama 3 minit 45 saat bagi memastikan ayam mati dan darah sepenuhnya dikeluarkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Seorang pekerja memeriksa ayam bagi memastikan esofagus, tenggorok dan dua salur darah utama terputus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Ayam yang disembelih dicuci dengan air panas bersuhu antara 60 hingga 62 darjah selsius untuk membuang bulu. Keseluruhan proses hanya mengambil masa 30 saat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Pekerja memeriksa ayam yang disembelih buat kali terakhir bagi memastikan tiada bulu tertinggal atau tulang patah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Ayam direndam dalam air sejuk sebelum dipotong. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.Pekerja menghantar ayam segar ke pasar raya, pasar basar dah restoran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Ogos, 2018.
Komen