Tarikan semula jadi di Bukit Bendera


David ST Loh

REAKSI biasa akan anda terima apabila bertanya kepada mana-mana penduduk Pulau Pinang mengenai Bukit Bendera adalah tiada aktiviti menarik boleh dilakukan di sana.

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, Bukit Bendera berubah wajah tanpa disedari. Banyak tempat dan aktiviti baru ditambah tanpa banyak publisiti dan semua khazanah ini tersembunyi pada pandangan biasa, bahkan kepada penduduk setempat.

Dalam usaha untuk mempublikasikan tarikan Bukit Bendera dan untuk meraikan sejarah dan warisan semula jadi serta kebudayaannya, Festival Bukit Bendera 2018 yang pertama akan diadakan bermula hari ini hingga 29 Julai.

Bertemakan “Lihat Alam, Rasakan Sejarah” ia mengadakan beberapa program menarik untuk meraikan semua aspek yang berbeza di Bukit Bendera.

Orang ramai yang berkunjung ke sini semasa festival boleh mengambil bahagian dalam pelbagai program seperti bengkel fotografi alam semula jadi, berjalan alam semula jadi, eksplorasi malam dan lawatan warisan dengan jurupandu secara percuma. – 21 Julai, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen