PERANCIS menjuarai saingan Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Luzhniki Moscow awal hari ini.
Jaringan Paul Pogba dan Kylian Mbappe, serta sepakan penalti kontroversi VAR, membantu negara itu menewaskan Croatia perlawanan sengit di Moscow sekaligus menjulang trofi berprestij itu buat kali kedua.
Dalam perlawanan itu, Mario Mandzukic buat pertama kalinya dalam sejarah perlawanan akhir membuat jaringan sendiri untuk meletakkan Perancis di hadapan sebelum kedudukan disamakan oleh Ivan Perisic.
Perlawanan itu akan diingati sebagai yang paling banyak jaringan gol pada perlawanan akhir Piala Dunia sejak England menewaskan Jerman Brat pada 1966, serta Mbappe menjadi permain paling muda menjaringkan gol pada perlawanan akhir sejak Pele pada 1958. – 16 Julai, 2018
Pemain Perancis meraikan kemenangan selepas menewaskan Croatia pada perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Moscow. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Penyokong Perancis meraikan kemenangan pasukan itu di Paris selepas memenangi Piala Dunia 2018. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Sugul...wajah penyokong Croatia yang mempamerkan kesedihan selepas pasukannya ditewaskan Perancis.– Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Penyokong Perancis meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia Rusia 2018 di Montpellier, selatan Perancis. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Presiden FIFA Gianni Infantio menenangkan pemain Croatia yang kecewa selepas tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018.– Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Pemain Perancis Olivier Giroud mengawal bola pada perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018 menentang Croatia. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Pemain Perancis meraikan kemenangan selepas wisel penamat ditiup. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Reaksi pemain Croatia yang jelas kecewa dengan kekalahan itu. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Pemain Perancis meraikan kemenangan di Stadium Luzhniki di Moscow.– Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Presiden Perancis Emmanuel Macron (kanan) mengucapkan tahniah kepada jurulatih Perancis Didier Deschamps, ketika penyampaian trofi di Stadium Luzhniki, Moscow. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018. Rakyat Perancis turut meraikan kemenangan pasukan itu dalam saingan Piala Dunia Rusia 2018. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Seorang penyokong Croatia duduk keseorangan di Zagreb selepas kekalahan pasukan negara itu. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Penjaga gol Perancis Hugo Lloris, menepis bola sekaligus menyelamatkan gawang daripada dibolosi Croatia. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Gambar kombinasi wajah-wajah penyokong Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.Pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane memegang trofi Piala Dunia selepas menewaskan Croatia pada perlawanan akhir yang berlangsung di Moscow, awal hari ini. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.
Komen