SERAMAI 12 kanak-kanak dan remaja lelaki serta jurulatih pasukan bola sepak mereka berjaya dikeluarkan daripada gua di Thailand selepas 18 hari terperangkap, kata Tentera Laut Diraja Thailand menerusi catatan Facebook petang Selasa, tiga hari selepas misi sukar membawa mereka keluar.
Dalam situasi yang ditunggu seluruh dunia, baki lima lagi mangsa dikeluarkan dari gua pada petang semalam, dibimbing oleh penyelam elit antarabangsa dan penyelam SEAL yang memainkan peranan penting dalam misi menyelamat yang sukar itu.
Pasukan “Wild Boars” memasuki gua Tham Luang pada 23 Jun selepas latihan bola sepak. Mereka kemudian terperangkap dalam rangkaian gua yang rumit itu selepas hujan lebat menyebabkan arus air naik ke dalam gua tersebut. – 11 Julai, 2018.
Anggota polis dan tentera menggunakan paying untuk melindungi pengusung berhampiran helikopter dan ambulans di lapangan terbang tentera di Chiang Rai pada 9 Julai 2018 ketika operasi menyelamat diteruskan untuk mangsa terperangkap dalam gua di Taman Hutan Khun Nam Nang Non di daerah Mae Sai. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Seorang wanita mengangkat anaknya berhampiran hospital, kelihatan sebuah ambulans mengangkut ahli pasukan bola sepak yang terperangkap di gua di Chiang Rai. Semua 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang lebih dua minggu lalu berjaya diselamatkan, umum pasukan Tentera Laut Diraja Thailand semalam, menyempurnakan misi menyelamat hampir mustahil yang memukau perhatian dunia. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Gambar rakaman video dikeluarkan oleh Tentera Laut Diraja Thailand diambil pada 3 Julai menunjukkan Adul Sam-on (kanan), seorang budak lelaki ahli pasukan bola sepak yang terperangkap bersama 11 rakan dan jurulatih mereka ketika beliau duduk di dalam guan Tham Luang di Taman Hutan Khun Nam Nang Non di daerah Mae Sai, Chiang Rai. Dilahirkan di Myanmar, dibesarkan oleh mubaligh Kristian di Thailand dan terperangkap dalam gua selama 13 hari, Adul Sam-on adalah budak tanpa kerakyataan yang dipuji kerana kesantuannya, kemahiran berbahasa Inggeris dan ketenangannya semasa terperangkap. Imej remaja itu dikongsi di seluruh dunia ketika beliau ditemui hidup bersama rakan-rakan dan jurulatihnya sembilan hari selepas dilaporkan hilang dalam gua Tham Luang di utara Thailand. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Seorang kanak-kanak India memegang plakad dan gambar ketika majlis mendoakan keselamatan ahli pasukan bola sepak dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua di Thailand, di Ahmedabad. Semua 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua kerana arus deras sudah berjaya diselamatkan. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Pekerja misi menyelamat Thailand berehat ketika operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam gua Tham Luang diteruskan. Lebih daripada 100 cerobong digali dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam rangkaian gua di bawah. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Mikrofon dilihat dilekatkan di sebatang pokok sebelum sidang media pusat kawalan ketika operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap di gua Tham Luang di teruskan. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Imej daripada rakaman video dikeluarkan Tentera Laut Diraja Thailand pada 2 Julai 2018 menunjukkan budak yang terperangkap dalam gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Gambar tidak bertarikh dikeluarkan Tentera Laut Diraja Thailand pada 7 Julai 2018 menunjukkan anggota tentera laut Thailand dalam gua Tham Luang ketika operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Ahli keluarga dan sanak saudara bersembahyang di pintu masuk gua Tham Luang ketika operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka masih berjalan. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Anggota tentera Thailand memasukkan kabel elektrik ke dalam gua Tham Luang ketika operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka berjalan. – Gambar AFP, 11 Julai, 2018.Seorang pakar pemakanan Thailand di Hospital Chiangrai Prachanukroh, di mana lapan budak yang berjaya dikeluarkan dari gua sedang menerima rawatan. – Gambar EPA, 11 Julai, 2018.Gambar diedarkan Tentera Laut Diraja Thailand menunjukkan anggota tentera menyediakan tangki oksigen untuk operasi menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang, Thailand. – Gambar EPA, 11 Julai, 2018.
Pelajar di Thailand berdoa untuk keselamatan dan sokongan operasi mencari dan menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang di sekolah Maesaiprasitsart, daerah Chiang Rai, Thailand. – Gambar EPA, 11 Julai, 2018.
Komen