George Town selepas sedekad diberi pengiktirafan Unesco


David ST Loh

SEJAK mendapat status Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7 Julai 2008, tradisi George Town telah menjadi tumpuan dalam sektor pelancongan Pulau Pinang.

Pengiktirafan itu diberi berdasarkan “nilai universal luar biasa” - pebagai budaya yang terhasil daripada perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat lebih 500 tahun dahulu.

Jumlah pelancong ke George Town melonjak kepada 6.3 juta berbanding 5.2 juta, setahun sebelum pengiktirafan itu diberi. Tahun lepas, kerajaan negeri menganggarkan kira-kira tujuh juta pelancong tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sahaja.

Sebagai sebuh destinasi pelancongan, bandar warisan itu mendapat pujian di Google Reviews terhadap bangunan-bangunan lamanya yang terpelihara, seni jalanan, makanan dan keharmonian pelbagai kaum. – 10 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen