Najib diikat jamin RM1 juta


Najjua Zulkefli Seth Akmal Kamal Ariffin Nazir Sufari

NAJIB Razak mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sofian Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Beliau pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan dan satu tuduhan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM tetapi kes dipindahkan ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan lanjut.

Najib bebas dengan ikat jamin RM1 juta yang dibayar oleh dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman. Mahkamah juga memegang dua pasport diplomatik milik bekas perdana menteri itu. – 4 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen