SELEPAS lima hari kejohanan bola sepak berprestij bermula, Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Rusia semakin hangat.
Sehingga ke hari ini beberapa pasukan terkemuka dan menjadi pilihan sudah turun padang dengan keputusan serta aksi mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia.
Rusia sebagai contohnya memalukan pasukan Arab Saudi semasa perlawanan pembukaan kejohanan dengan keputusan 5-0.
Tidak kurang juga kehebatan persembahan diperlihatkan pasukan Iceland, sebuah negara kecil yang mampu menyekat pasukan Argentina dengan keputusan seri 1-1 pada 16 Jun lalu.
Dijangkakan banyak lagi aksi menarik dan hebat bakal disaksikan sepanjang tempoh 25 hari kejohanan ini berlangsung. – 18 Jun, 2018.
Bendera Brazil dan Switzerland di padang bola sambil pemain mendengar lagu kebangsaan masing-masing sebelum perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2018 di Arena Rostov, Rusia pada 17 Jun bermula. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Para pemain Rusia merayakan kejayaan mereka selepas menjaringkan gol kelima ketika perlawanan bola sepak Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2018 dengan Arab Saudi di Stadium Luzhniki, Moscow pada 14 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Penjaga gol Arab Saudi, Abdullah Al-Mayouf menyelamatkan bola semasa perlawanan bola sepak Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2018 dengan Rusia di Stadium Luzhniki di Moscow pada 14 Jun. –Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Penyerang Mesir, Mohamed Salah dilihat berada di bangku pemain ganti sebelum perlawanan bola sepak Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2018 dengan Uruguay di Arena Ekaterinburg di Ekaterinburg, Rusia pada 15 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Penjaga gol Mexico Edson Alvarez (kiri) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan 1-0 mereka di akhir perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala Dunia FIFA 2018 antara Jerman dan Mexico di Stadium Luzhniki, Rusia pada 17 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Pemain pertahanan Switzerland, Michael Lang, merebut bola daripada pemain Brazil, Neymar semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2018 antara dua negara itu di Samara Arena, Rostov, Rusia pada 17 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Penyokong Mexico berkumpul bagi meraikan kemenangan pasukan negara mereka menentang Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2018, di Guadalajara, Mexico pada 17 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Aksi pemain Portugal Cristiano Ronaldo semasa perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2018 dengan Sepanyol di Stadium Fisht di Sochi pada 15 Jun 2018. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Kekecewaan pemain Argentina, Lionel Messi jelas kelihatan selepas terlepas sepakan penalti pada perlawanan sepak bola Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2018 dengan Iceland di Stadium Spartak, Moscow pada 16 Jun. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.Reaksi peminat Brazil selepas Switzerland menyamakan kedudukan semasa pasukan negara itu. Brazil hampir dimalukan Switzerland dalam aksi pertama Piala Dunia FIFA 2018 apabila seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan E di Samara Arena, Rostov, Rusia. – Gambar AFP, 18 Jun, 2018.
Komen