Rosmah di SPRM Putrajaya


Seth Akmal Hasnoor Hussain Najjua Zulkefli

ROSMAH Mansor hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk memberi keterangan dalam siasatan berkaitan suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.

Mengenakan baju kurung biru dan berselendang warna merah, Rosmah keluar dari kereta Mercedes Benz putih diiringi peguamnya.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessibayev yang juga anak lelaki presiden Kazakhstan turut hadir. Mereka berkahwin pada majlis gilang gemilang pada 2015. Najib tidak kelihatan. – 5 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen