TINJAUAN Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 300,000 individu dewasa di negara ini pernah menggunakan dadah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Daripada jumlah itu, seramai 100,000 orang masih menggunakan dadah.
Penyalahgunaan dadah paling tinggi dalam kalangan penduduk luar bandar, golongan berpendapatan rendah dan lelaki, menurut tinjauan tersebut. Juga dinyatakan bahawa majoriti penagih dadah bermula dengan ganja, dan mereka mula menggunakan dadah antara usia 18-24 tahun.
Persatuan Insaf Murni Malaysia (Insaf Murni) ialah sebuah kumpulan masyarakat sivil yang ditubuhkan pada 2006, dengan objektif untuk membantu membasmi penyalahgunaan dadah hingga ke akar umbi dan membawa bekas pengguna dadah ke arah kehidupan yang lebih baik dan berkualiti, serta menerapkan nilai-nilai agama dan kerohanian dalam jiwa mereka.
Insaf Murni mempunyai 32 petugas, dan 15 daripada mereka adalah bekas pengguna dadah yang telah pulih sepenuhnya. Persatuan ini dibantu dua doktor hospital kerajaan serta disokong oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAM).
Petugas Insaf Murni dilatih oleh MAM dan diberi kad pekerja kesihatan KKM. Ibu pejabat Insaf Murni terletak di Kajang, Selangor, dengan dua cawangan yang diberi nama “Kabin Harapan” di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.
Objektif utama Insaf Murni adalah menggalakkan pengguna dadah menggunakan metadon bagi mengurang dan mencegah penyalahgunaan dadah. Dr Khafidz berkata kliniknya di Kajang merawat pengguna dadah menggunakan metadon sejak 2000 lagi.
Program Penggantian Metadon yang dijalankan Insaf Murni mendapat kerjasama erat pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selain KKM dan MAM. Selain itu, Insaf Murni juga menjalankan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP).
Menurut Dr Khafidz, melalui program ini pengguna dadah boleh mendapatkan rawatan metadon dengan hanya RM5 sehari, berbanding RM60 hingga RM100 sehari jika mengambil dadah seperti heroin.
Beliau bagaimanapun bimbang dengan kemunculan dadah sintetik seperti syabu dan ekstasi, yang tidak boleh dirawat dengan metadon. Kes penyalahgunaan dadah jenis sintetik ini semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan remaja. – 1 Jun 2023.
Seorang penagih dadah menyalakan sebatang rokok sementara menunggu menunggu jarum dan picagari yang telah disteril dari petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia yang menjalankan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan di Chow Kit, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia mendekati seorang penagih dadah semasa menjalankan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.
Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia mengambil sampel darah seorang penagih dadah untuk ujian saringan HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C di Chow Kit, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Petugas-petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia mencari penagih dadah di lorong-lorong di Chow Kit, Kuala Lumpur semasa menjalankan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia Murni Muiz (tiga dari kanan) memujuk seorang penagih dadah untuk mendapatkan rawatan gantian metadon semasa program turun padang di sebuah sarang penagihan dadah di Hulu Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Seorang penagih dadah di sebuah rumah di Hulu Langat di Selangor, semasa petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia turun padang di kawasan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.
Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia mengambil sampel darah seorang penagih dadah untuk ujian saringan HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C di Hulu Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia mengedarkan risalah mengenai rawatan terapi gantian metadon yang diedarkan petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia semasa program turun padang di sarang penagihan dadah di Hulu Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Pengasas Persatuan Insaf Murni Malaysia Dr Mohamad Khafidz di kliniknya di Kajang, Selangor, memantau seorang pesakit mengambil metadon mengikut dos yang dibenarkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Seorang bekas penagih dadah menunjukkan bekalan metadon untuk seminggu semasa ditemui di rumahnya di Hulu Langat, Selangor. Bekas penagih dikehendaki datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan terapi metadon setiap hari, kecuali bagi penagih OKU yang boleh mengambil ubat tersebut secara mingguan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia (kiri) semasa mengendalikan sesi kaunseling bersama bekas pengguna dadah yang menyertai Program Penggantian Metadon di Kabin Harapan di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan menyerbu sebuah rumah kedai yang dihuni pekerja asing di Kuala Langat, Selangor. Peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah dirampas dalam serbuan tersebut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Beberapa penagih dadah yang ditahan dalam serbuan polis dengan kerjasama AADK di Kuala Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Seorang lelaki disyaki penagih dadah melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah semasa operasi anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Agensi Antidadah Kebangsaan menjalankan serbuan di Kuala Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Dadah sintetik yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, pada satu sidang media di Bukit Aman. Kes penyalahgunaan dadah jenis sintetik ini semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan remaja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.Jarum dan picagari bersih yang diberi kepada penagih dadah oleh petugas Persatuan Insaf Murni Malaysia semasa Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan di Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari.Golongan remaja perlu dilindungi daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah kerana mereka ini menjadi pelaburan penting untuk menjamin masa depan negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Jun 2023.
Komen