BEKAS pendukung kuat Umno, Sanusi Junid, yang berkhidmat dalam kabinet Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pagi ini pada usia 74 tahun.
Sebagai menteri pertanian dalam Kabinet Dr Mahathir Mohamad pada penghujung 1980-an, Sanusi pernah mencetuskan idea kontroversi menanam padi di atas bumbung.
Tetapi itu bukan satu-satunya idea bijak yang dicadangkan kepada ramai rakyat Malaysia. Beliau juga mencadangkan pertandingan cabut uban dan program mengurut isteri dan menggalakkan orang ramai minum lebih banyak air kelapa.
Tokoh kelahiran Kedah ini, yang pernah jadi naib presiden dan setiausaha agung Umno, mengikut langkah Dr Mahathir untuk meninggalkan parti keramat orang Melayu itu pada Mei 2008 selepas bekas perdana menteri itu hilang percaya kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.
Apabila Dr Mahathir sekali lagi keluar Umno dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sanusi juga ikut serta. Beliau dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin Bersatu.
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang tadi. – 9 Mac, 2018.
Isteri arwah Sanusi Junid, Nila Inangda di masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Jenazah Allahyarham Sanusi Junid sedia dibawa ke Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dari rumahnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Jenazah Allahyarham Sanusi Junid diletakkan di ruang tengah Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Anak Allahyarham Sanusi Junid, Akhramsyah Muammar Ubaidah mengimamkan solat jenazah di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Saudara-mara, sahabat dan orang ramai mengaminkan doa yang dibaca untuk Allahyarham Sanusi Junid di Masjid Umar Saidina al-Khattab di Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Bekas perdana menteri dan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad turut sama menunaikan solat jenazah di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018.Jenazah Allahyarham Sanusi Junid dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Jenazah Allahyarham Sanusi Junid tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Jenazah Allahyarham Sanusi Junid dimasukkan ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Akhramsyah Muammar Ubaidah mengaminkan doa untuk ayahnya, Allahyarham Sanusi Junid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Anak dan cucu Allahyarham Sanusi Junid menabur bunga dan air mawar di atas kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Anak dan cucu Allahyarham Sanusi Junid membacakan Surah Yassin di tepi kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018. Air mawar disiram atas kubur Allahyarham Sanusi Junid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Mac, 2018.
Komen