UCAPAN terima kasih dan keprihatinan mencurah-curah daripada rakyat Malaysia apabila mereka memberi penghormatan kepada pasukan penyelamat yang bekerja dalam operasi mencari dan menyelamat di tapak tanah runtuh Batang Kali.
Mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali ditemui pada 4.53 petang semalam, iaitu pada hari kesembilan selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan di Batang Kali, Gohtong Jaya.
Dalam kejadian pada 2.42 pagi Jumaat lalu (16 Disember), 31 nyawa terkorban manakala 61 orang diselamatkan.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima agensi utama iaitu polis, angkatan tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia serta pasukan pertahanan awam dengan kekuatan lebih 250 pegawai dan anggota.
Unit anjing pengesan K9 juga bekerja tanpa jemu dalam pencarian. – 25 Disember, 2022.
Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerja semasa operasi mencari dan menyelamat susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerja semasa operasi mencari dan menyelamat susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Keadaan tapak perkhemahan Father's Organic Farm selepas tanah runtuh yang melanda pada 2.42 pagi pada 16 Disember meragut 31 nyawa di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Seorang anggota Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia berhampiran kereta yang rosak semasa operasi mencari dan menyelamat susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa operasi mencari dan menyelamat susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia melalui sungai berhampiran lokasi untuk mencari mangsa tertimbus berikutan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Pasukan penyelamat bekerja pada waktu malam semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh tragis di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Seekor anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Grouse, bersama pengendalinya di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama pasukan teknikal membawa alat ground penetrating radar semasa operasi mencari dan menyelamat susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Anggota penyelamat mengambil mayat mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, dekat Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Bunga diletakkan di tapak pencarian berikutan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Kanak-kanak meletakkan bunga dan menyalakan lilin di luar pintu pagar SJK(C) Mun Choong, Kuala Lumpur bagi mengenang pekerja dan pelajarnya yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh Batang Kali. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2022.
Komen