SETAKAT ini, 16 mangsa ditemui maut akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, berhampiran Genting Highlands, awal pagi tadi.
Seorang daripada mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata insiden itu berlaku kira-kira 3 pagi. – 16 Disember, 2022.
Seorang mangsa kelihatan membuat panggilan telefon susulan insiden tanah runtuh di di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Jalan raya di kawasan tanah runtuh di Batang Kali tidak mengalami kerosakan atau rekahan, kata Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Mangsa yang cedera menerima bantuan sementara operasi mencari mangsa hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Anjing pengesan tiba bagi membantu operasi mencari mangsa hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Trak polis mengangkut mayat mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.Persiapan sedang dilakukan untuk anggota penyelamat sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2022.
Komen