Akhirnya Anwar diangkat sebagai PM


Kamal Ariffin Afif Abd Halim Nazir Sufari Najjua Zulkefli

SETELAH berpuluh tahun mengharungi pelbagai liku dalam karier politiknya, akhirnya Anwar Ibrahim hari ini diangkat sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara.

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menandatangani suratcara pelantikan, istiadat angkat sumpah jawatan, sumpah setia dan sumpah simpan rahsia perdana menteri

Pelantikan Ahli Parlimen Tambun berusia 75 tahun itu sekali gus menamatkan kebuntuan politik yang berlarutan hampir seminggu selepas pilihan raya umum ke-15 minggu lepas. – 24 November 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen