Malaysia memilih
Dikemas kini 1 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 19 Nov 2022 2:25PM ·
RAKYAT Malaysia mengundi hari ini untuk memilih kerajaan baharu, mengharapkan kestabilan politik dan pengurusan ekonomi yang lebih baik.
Tinjauan mendapati tidak mudah bagi satu gabungan politik untuk membentuk kerajaan sendiri.
Nasib negara kini berada di tangan 21.2 juta pengundi yang layak, disokong oleh tambahan 5.8 juta orang selepas umur minimum mengundi diturunkan lebih rendah kepada 18 tahun. – 19 November, 2022.
Pengundi muda beratur di pusat mengundi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November 2022.
Seorang pengundi dicelup jarinya dengan dakwat sebelum membuang undi di pusat mengundi di Selayang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 November, 2022.
Seorang pegawai di pusat mengundi (kiri) membacakan nama dan nombor pengenalan diri seorang pengundi di sebuah pusat mengundi di Selayang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 November, 2022.
Seorang pengundi menanda kertas undinya di sebuah pusat mengundi di Selayang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 November, 2022.
Pengundi menunggu untuk membuang undi di SK Taman Maluri di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 November, 2022.
Seorang wanita berkerusi roda menunggu untuk membuang undi di SK Taman Maluri di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 November, 2022.
Pengundi muda duduk di dalam kelas sambil menunggu untuk membuang undi di sebuah pusat mengundi di Kampung Baru, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November, 2022.
Pengundi sedang beratur di luar pusat mengundi di SK Klang Gate Baru, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November, 2022.
Seorang pengundi membuang undi di sebuah pusat mengundi di SK Klang Gate Baru, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November, 2022.
Seorang pengundi membuang undi di sebuah pusat mengundi di SK Klang Gate Baru, di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November, 2022.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen