Najib ke penjara


Afif Abd Halim Najjua Zulkefli Nazir Sufari Seth Akmal

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan Najib Razak dan mengekalkan hukuman dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan itu ditolak dengan sebulat suara dan sabitan serta hukuman dikekalkan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. – 23 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen