Go Skateboarding Day: Hari di mana 'skateboarder' berkumpul, beraksi


Seth Akmal

GO Skateboarding Day ialah acara tahunan diperkenalkan oleh Persatuan Antarabangsa Syarikat Papan Selaju yang disambut oleh para skateboarder pada 21 Jun.

Tujuan utama, selain sebagai promosi, ia juga bagi menggalakkan penyertaan orang ramai sekali gus menjadikan sukan lasak ini lebih mudah diakses, dan difahami pelbagai lapisan umur serta masyarakat.

Tahun ini istimewa buat skateboarder di seluruh Malaysia selepas kerajaan menarik balik larangan ke atas semua sektor termasuk aktiviti sukan pada 1 Mei.

Acara ini disambut di bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia di mana ia dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan peminat sukan lasak, dan juga orang awam. – 27 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen