Takbir raya di Balakong


Seth Akmal

SEBAIK Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin (hari ini), penduduk Flat Taman Setia di Balakong, Selangor terus mengadakan perarakan bagi menyambut pemergian Ramadan dan kedatangan Syawal.

Ratusan kanak-kanak termasuk dewasa bersama-sama melaungkan takbir sambil berarak dari masjid berhampiran menuju kawasan perumahan di situ.

Selepas dua tahun beraya dalam sekatan pergerakan, rakyat Malaysia kini bersyukur kerana tahun ini dapat kembali beraya bersama sanak saudara, dengan prosedur operasi standard yang dikendurkan bermula 1 Mei lepas. – 2 Mei 2022.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen