LEMANG adalah makanan yang disukai ramai dan merupakan antara juadah yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.
Sedap dimakan bersama rendang ayam atau daging mahupun kuah kacang, lemang dimasak menggunakan beras pulut, santan dan disalut dengan daun pisang yang diisi di dalam batang buluh.
Lemang dimasak di dalam batang buluh yang dikenali sebagi Buluh nipis, padi, urat, rusa atau Pelang.
Bagi Arman Bakhtiar,49, dan dua rakannya di Hulu Langat, Selangor, ketibaan Ramadan merupakan bulan yang sibuk untuk mencari buluh lemang.
Pencarian buluh dimulakan seawal hari kedua Ramadan, kata Arman.
“Tempahan boleh mencecah sekitar 3,000 hingga 4,000 batang seminggu. Awal-awal puasa kita cari di pinggir hutan, tetapi makin nak dekat raya kita terpaksa masuk jauh ke dalam hutan,” ujarnya.
Pelanggan mereka datang dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Arman berkata permintaan terhadap buluh lemang tinggi tahun ini susulan kerajaan membenarkan balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang 20 tahun pengalamannya harga buluh lemang tidak berubah antara RM1 hingga RM1.20 sebatang. – 29 April, 2022.
Seorang penjual membakar lemang di Beranang, Selangor. Lemang antara juadah yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.
Batang buluh yang ditebang sebelum dikerat mengikut ruas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.
Arman Bakhtiar (kanak) dan rakannya mengumpulkan buluh yang ditebang di hutan di Hulu Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Batang buluh dikerat megikut ruas menggunakan gergaji untuk dibuat lemang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Saiz lemang yang akan digunakan untuk dibuat lemang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Buluh lemang yang siap dikerat mengikut ruas di hutan Hulu Langat, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Buluh-buluh lemang yang diikat dan dikumpulkan di sebuah kedai kopi di Hulu Langat, Selangor sebelum diambil peraih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Seorang peraih memuat naik buluh-buluh lemang ke dalam untuk diedar kepada peniaga lemang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Buluh-buluh lemang disusun di dalam lori untuk diedar kepada pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.Seorang peniaga lemang di Beranang, Selangor.mengisi daun pisang di dalam buluh sebelum diisi beras pulut bersama santan dan kemudian dibakar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 April, 2022.
Komen