Memelihara warisan Rumah Limas Johor
Najjua Zulkefli
Dikemas kini 2 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 6 Mar 2022 9:48AM ·
RUMAH Limas adalah warisan unik orang Melayu Johor.
Elias Robani, 47, tukang ukir kayu di Muar yang mewarisi seni itu daripada bapanya, berkata, setiap rumah Melayu tradisional mempunyai identitinya yang tersendiri.
Identiti Rumah Limas Johor terletak pada bumbungnya, dengan satu perabung terus mendatar bersambung dengan lima perabung menurun ke cucur atap dengan kayu berceracak di atap dikenali sebagai “tunjuk langit”.
Kebanyakan rumah diperbuat daripada kayu dengan tiga ruangan utama; serambi, ruang tamu utama dikenali sebagai “rumah ibu” dan dapur di belakang.
Tetamu lelaki biasanya akan berkumpul dan dilayan di serambi, manakala orang perempuan pula di rumah ibu dan dapur. – 6 Mac, 2022.
Tukang ukir kayu Elias Robani berkata setiap rumah Melayu tradisional mempunyai identiti unik tersendiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Rumah tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan ukiran kayu yang menggambarkan tradisi dan adat setempat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Untuk mengekalkan identiti Rumah Limas Johor, kebanyakan rumah diperbuat daripada kayu dengan unsur tradisional seperti papan pemanis, tunjuk langit dan tebar layar di bumbung, sisir angin dan kekisi tingkap dan jendela dan serambi di anjungnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Elias Robani berdiri di hadapan rumah tradisional yang dibinanya hanya menggunakan kayu terpakai yang mengambil masa sepuluh tahun untuk disiapkan, di Kampung Parit Amat, Muar, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Kebanyakan rumah tradisional diperbuat daripada pelbagai kayu bernilai seperti cengal, keranji, nyatoh dan meranti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Lantai bengkel Elias Robani di Kampung Parit Amat, Muar, Johor yang dipenuhi habuk kayu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Tindanan kayu tersimpan di bengkel Elias Robani di Kampung Parit Amat, Muar, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Seni ukiran kayu adalah salah satu warisan unik yang mengangkat identity rumah tradisional seperti Rumah Limas Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Tukang ukir kayu Elias Robani sedang mengukir pintu kayu nyatoh di bengkelnya di Kampung Parit Amat, Muar, Johor. Selain membina rumah baharu, beliau juga menawarkan khidmat membaik pulih rumah tradisional lama, ada antaranya berusia berdekad tahun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Rumah Limas Johor dikenali menerusi reka bentuk bumbungnya, yang mempunyai perabung terus mendatar disambungkan dengan lima perabung menurun ke cucur atap yang mempunyai kayu berceracak dikenali sebagai ‘tunjuk langit’. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Sebilangan Rumah Limas Johor pada masa kini memasukkan unsur moden seperti kepingan cermin berwarna di tingkap untuk menjadikannya lebih menarik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Kebanyakan Rumah Limas Johor mempunyai tiga ruangan utama dengan serambi di anjung, rumah ibu dan dapur di ruangan paling belakang. Tetamu lelaki akan dilayan di serambi sementara orang perempuan di rumah ibu dan dapur bagi memelihara adat kesopanan lelaki dan wanita. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2022.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen