Selamat berehat terakhir buat mendiang Shebby


BEKAS pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth ‘Shebby’ Singh meninggal dunia susulan serangan jantung ketika berbasikal di Johor Bahru pada Rabu.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai pemain pertahanan bersama Johor, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 1983.

Shebby juga pernah beraksi dengan Negeri Sembilan dan Pahang, sebelum menamatkan kariernya bersama Perak pada 1996.

Mendiang memenangi pingat emas Sukan SEA pada 1989.

Selepas bersara daripada bola sepak profesional, Shebby menghabiskan masa lebih 20 tahun sebagai pengulas bersama beberapa saluran media termasuk Astro Supersport, FoxSports dan ESPN.

Mendiang juga pernah bertugas sebagai penasihat global kelab Liga Kejuaraan Inggeris Blackburn Rovers pada musim 2012-2013. – 14 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen