Bunga api pada Malam Tahun Baharu menerangi langit di atas Jambatan Harbour dan Opera House yang ikonik di Sydney (kiri). – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Gambar ini diambil pada 1 Januari dan dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) rasmi Korea Utara yang menunjukkan bunga api dilancarkan di Dataran Kim Il-sung di Pyongyang pada tengah malam untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Dua wanita mengambil foto selepas melukis tangan dan muka mereka menjelang sambutan Tahun Baharu di Amritsar. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Wanita berjalan di depan papan tanda 2022 yang dipamerkan di pusat bandar Pristina menjelang sambutan Tahun Baharu di Kosovo. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Seorang lelaki menaikkan layang-layang buatannya menjelang sambutan Tahun Baharu di pinggir Amritsar. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar bunga api dengan lampu laser yang menerangi langit dari Menara Belgrade semasa sambutan Tahun Baharu di Belgrade, Serbia. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022. Maurizio Palmulli aka 'Mister Ok' terjun ke dalam Sungai Tibre sebagai sebahagian daripada sambutan tradisi Tahun Baharu di Rom. – Gambar AFP, 2 Januari, 2022.
Komen