Pecutan menuju kejayaan MotoGP


KETIKA kebanyakan remaja tidak banyak begitu memikirkan mengenai masa depan profesional mereka, sekumpulan anak muda tempatan yang gemarkan kelajuan dan persaingan sedang mengejar impian mereka untuk menjadi pelumba motosikal terbaik di dunia.

Mereka terlalu muda untuk mempunyai lesen yang sah dari sisi undang-undang, tetapi dibenarkan berlumba di trek dan memacu kelajuan sehingga 212kmj.

Program perintis bagi mengembangkan masa depan penunggang motosikal yang dinamakan “Impian ke MotoGP” yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dilancarkan pada Disember 2017.

Ia berjaya menarik kira-kira 300 pelumba muda berusia antara 13 hingga 15 tahun yang diajar semua aspek latihan MotoGP di bawah pengawasan ketua projek dan mentor Zulfahmi Khairuddin, pelumba veteran motosikal bertaraf dunia yang terlibat selama lapan tahun berlumba dalam Moto 3 dan Kejohanan Dunia Superbike (WSBK) di seluruh dunia.

Pada sesi itu, mereka merentas litar sejauh 1,247km, termasuk 11 selekoh mencabar di Litar Antarabangsa Sepang, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 40 pelumba paling berbakat dipilih mengetuai fasa dua berdasarkan masa bagi pusingan, teknik menunggang serta tahap fizikal dan kecergasan mereka.

Impian seorang daripadapenunggang termuda, Harith Haziq, 13, dari Jengka, Pahang (dari litar 266km), adalah untuk berjaya sebagaimana hero pujaannya, pelumba profesional Moto2 Malaysia, Hafiz Syahrin.

Dengan ketinggian 135cm dan berat 35kg, dia berjaya memasuki senarai finalis di kalangan lima pelumba teratas dalam program tersebut.

Keluarganya, yang berniaga makanan, sentiasa memberi sokongan di belakang terhadap minatnya yang bermula pada perlumbaan “pocket bite” (motosikal kecil) pertamanya.

Pada usia sembilan tahun, dia menyertai liga dan berlumba sepanjang trek go-kart, dengan penuh berani memecut deras pada kelajuan mencecah lebih 120kmj.

Di situ, dia menimba pengalaman berhubung teknik dan menjulang lebih daripada 30 kemenangan. Matlamatnya kini difokuskan untuk memenuhi kejohanan impiannya.

Tiga lagi calon yang berjaya akan berlumba dalam dua siri berbeza sepanjang tahun – Cub Prix Malaysia dan KTM RC300 Cup Asia – sebelum mereka dipersiapkan bertanding di peringkat antarabangsa.

Para pelumba akan berada mengikuti program itu sekurang-kurangnya tiga tahun, dengan harapan mereka mampu muncul sebagai juara Malaysia di CEV Moto3, Moto2 dan juga MotoGP dalam masa terdekat. – 2 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen