Tiada yang akan ketinggalan 


Nazir Sufari

CAMERON Highlands merupakan antara pengeluar hasil makanan terbesar di Malaysia yang mana pekerja ladangnya terdiri daripada warga asing dan tempatan.

Kebanyakan pekerja asing adalah dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal. Mencapai imuniti kelompok untuk kumpulan ini adalah penting kerana ladang tempat mereka bekerja merupakan antara pengeluar terbesar sayur-sayuran di negara ini.

“Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) merupakan organisasi kemanusiaan pertama yang diberi mandat oleh jawatankuasa khas imunisasi Covid-19 untuk memberi vaksinasi kepada pekerja asing.

“Kami akan memvaksin semua pekerja tanpa mengira mereka memiliki dokumen perjalanan sah atau tidak. Kamu mahu pastikan semua yang berada di sekeliling kita selamat.

“PBSM juga akan memvaksin pekerja asing tanpa dokumen kerana dasar kami adalah vaksin untuk semua orang,” kata ahli lembaga PBSM Suhana Sidik.

Pada Jun tyahun ini, harga sayur-sayuran dari Cameron Highlands naik sehingga 40% selepas perintah kawalan pergerakan diperketatkan dikenakan di beberapa kawasan termasuk Kg Raja (Sg Ikan), Blue Valley, Sun Park, Corina Village Park dan Kg Raja New Village.

Kira-kira 65% pengusaha ladang sayur di Cameron Highlands terjejas ketika itu.

PBSM bekerja sama dengan jabatan kesihatan Pahang dan komuniti setempat untuk memvaksin pekerja asing di Cameron Highlands.

Dengan sasaran tercapai, PBSM berjaya memvaksin 400 pekerja asing di kawasan ini dan akan meneruskan usaha itu beberapa minggu lagi.

Kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), merupakan yang pertama dijalankan sepenuhnya oleh organisasi kemanusiaan.

Setakat ini PBSM berjaya memvaksin lebih 7,000 pekerja asing dari sekurang-kurangnya 10 kumpulan etnik di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah.

Selain usaha itu, PBRM turut membantu memberikan vaksin kepada pesakit yang terlantar, lumpuh dan masyarakat Orang Asli.

Kumpulan it memulakan vaksinasi kanak-klanak sekoilah bagi menyokong kempen vaksinasi di seluruh negara dan mencapai objektif PBSM untuk pastikan semua tidak terciri dalam melindungi mereka daripada Covid-19.

PBSM dilantik oleh ProtectHealth untuk menyertai program imunisasi Covid-19 kebangsaan sebagai organisasi kesihatan bukan berasaskan keuntungan.

Menteri Prtanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee pada Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri AgroMakanan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Raja pada 19 September berkata kira-kira 11,000 daripada 17,000 pekerja dalam sektor pertanian telah divaksin.– 4 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen