DI suatu petang di Pantai Siring, Melaka, kelihatan empat lelaki berkumpul di jeti nelayan menunggu air surut untuk mencari siput beliung, sejenis siput laut yang enak dimakan.
Ternyata mereka bernasib baik kerana cuaca cerah.
Setiap hari sejak awal Julai, Mohd Irfan Budin, 33, dan tiga rakannya mencari siput di Pantai Siring.
Irfan yang tinggal di Pulai, Merlimau, Melaka, menjual nasi lemak dan merupakan bekas ahli bina badan.
Wabak Covid-19 menjejaskan perniagaannya dengan teruk dan hilang punca pendapatan ketika perintah kawalan pergerakan diperkenalkan.
Rakan-rakannya yang merupakan pengawal peribadi, ahli perniagaan dan kontraktor minyak dan gas, juga kehilangan pekerjaan.
Mereka terjebak idea mencari siput beliung untuk mendapatkan wang apabila seorang daripada mereka, yang menangkap udang di Pantai Siring, terjumpa siput beliung.
Ini memberi idea kepada Irfan untuk menjual siput beliung. Sekilogram dijual dengan harga RM10 dan mereka biasanya dapat menangkap 25 hingga 50kg dalam masa lima jam.
Kebanyakan yang membeli daripada mereka adalah pelanggan tetap, kata Irfan.
Bagaimanapun, kini musim hampir berakhir, yang menyebabkan hanya sedikit siput beliung ditemui.
Mereka berempat kini terpaksa menghabiskan lebih banyak masa menjelajah dasar laut untuk mendapatkan siput beliung yang enak itu.
Ia juga adalah pekerjaan yang berbahaya. Mereka berisiko bertembung ular laut beracun dan ubur-ubur. Beberapa rakan Irfan pernah digigit oleh haiwan itu dan dikejarkan ke hospital.
Namun, Irfan dan rakan-rakan berasa lega kerana mereka menemui jalan untuk menampung keperluan keluarga mereka. – 29 Ogos, 2021.
Menangkap siput beliung bukanlah pekerjaan yang mudah kerana ia berada kira-kira sekaki di dalam lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Mohd Irfan Budin (berbaju jingga) dan tiga rakannya menunggu air surut di Pantai Siring, Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Kaki digunakan untuk merasa dan mengesan siput beliung yang berada dalam lumpur di laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Mohd Irfan Budin bersama hasil tangkapannya di Pantai Siring, Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Anak siput beliung dilepaskan kembali ke laut kerana ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk membesar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Mohd Irfan Budin dan rakannya gembira dapat mencapai sasaran tangkapan mereka, di Pantai Siring, Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Siput beliung banyak ditemui di Pantai Siring, Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.
Mohd Irfan Budin (kanan) dan rakan (kiri) membawa hasal tangkapan mereka dengan troli, di jeti nelayan Pantai Siring, di Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Mohd Irfan Budin menunggu pelanggan tetapnya mengambil pesanan di jeti nelayan Pantai Siring, Merlimau, Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.Siput beliung, sebelum dan sesudah dimasak oleh isteri Mohd Irfan Budin, yang menyediakannya dalam pelbagai cara, termasuk kari, goreng, dan panggang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.
Mohd Irfan Budin berasa lega kerana menemui jalan untuk menyara isteri dan anaknya, selepas kehilangan pendapatannya tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2021.
Komen