Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9


NAIB Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini.

Agong berkenan melantik Ismail sebagai perdana menteri baru selaras dengan Perkara 40 (2) (a) dan 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikannya dibuat selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas susulan kehilangan majoriti tipis di Parlimen.

Ismail, 61, adalah perdana menteri ketiga yang dilantik sejak pilihan raya umun 2018. – 21 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen