SELEPAS seminggu politik negara kecoh pada Februari 2020, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamed dan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sepanjang memegang jawatan itu selama 16 bulan, kerajaannya yang terbentuk bersama bekas musuhnya yang kemudian menjadi sekutu, berdepan jatuh bangun, turun dan naik, terutama dalam mengendalikan pandemik Covid-19.
Muhyiddin meletak jawatan perdana menteri hari ini selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan.
Presiden Bersatu itu pada awalnya enggan meletak jawatan, tetapi cubaan terakhirnya menghulurkan tawaran kerjasama kepada pembangkang pada Jumaat gagal, apabila semua parti pembangkang menolaknya.
Muhyiddin atau mesra dengan jolokan panggilan “Abah” oleh netizen, akan menjadi perdana menteri sementara bermula hari ini hingga pelantikan baharu dibuat, menurut kenyataan Istana Negara. – 16 Ogos, 2021.
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilihat masuk ke Istana Negara bagi majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Ogos, 2021.Perdana menteri kelapan Malaysia, Muhyiddin Yassin melambai ke arah jurugambar di luar Istana Negara selepas selesai upacara mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Ogos, 2021.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin (kanan) di Dewan Rakyat pada 13 Julai, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Ogos, 2021.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin (kiri) buat aksi berlaga penumbuk dengan Azmin Ali pada Kongres Negara di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) pada 21 Ogos, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2021.Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin (tengah), isterinya Noorainee Abdul Rahman dan beberapa pemimpin parti di kediamannya di Kuala Lumpur pada 1 Mac, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2021.Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Kongres Negara 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 21 Ogos, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2021.Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin (kiri) dan timbalannya Ahmad Faizal Azumu hadir sambutan ulang tahun ke-4 parti itu di MITEC, Kuala Lumpur pada 8 September, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2021.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin meninjau produk makanan laut yang dijual di pasar basah di Tuaran, Sabah ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah pada 12 September, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Ogos, 2021.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah di Kuala Penyu pada 17 September, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Ogos, 2021.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berucap pada sesi town hall Penjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada 28 September, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Ogos, 2021.Muhyiddin Yassin berjalan keluar selepas menghadiri sesi town hall Penjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada 28 September, 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Ogos, 2021.
Komen