Bukit Bintang hilang sinar


Seth Akmal

BUKIT BINTANG, pusat bandar yang pernah sibuk di ibu negara kini semakin sunyi.

Dahulu ia menjadi antara pusat pelancongan terkemuka bagi pelancong berbelanja dan berhibur, tetapi tidak lagi sejak sempadan negara ditutup lebih setahun lalu ketika bermulanya wabak.

Banyak hotel kerugian besar sementara kelab malam dan bar ditutup. Penjaja tidak lagi berniaga kerana orang awam tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Restoran dibuka tetapi hanya untuk perkhidmatan bungkus dan penghantaran.

Banyak kedai kosong mempunyai papan tanda untuk disewa.

Namun jantung Kuala Lumpur terus berdegup, walaupun lemah, sementara menunggu ia kembali sibuk sekali lagi. – 14 Ogos, 2021. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen