WALAUPUN dijalankan tanpa keraian sorakan penonton, Sukan Olimpik Tokyo masih meriah dengan pelbagai drama dan kejutan.
Temasya sukan dunia itu juga mendedahkan tekanan hebat dihadapi atlet terbaik global, yang bertanding merebut gelaran terhebat antara terhebat serta suka duka kerja keras mereka. – 8 Ogos, 2021.
Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan (kiri) berlanggar dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dari Malaysia pada pusingan kelayakan pertama lumba basikal acara keirin di Velodrom Izu di Izu, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Pemenang pingat emas Nafissatou Thiam dari Belgium (tengah), pingat perak Anouk Vetter dari Belanda (kanan) dan pingat gangsa Emma Oosterwegel dari Belanda meraikan kejayaan mereka selepas acara heptathlon wanita di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Clarisse Agbegnenou meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara judo wanita kategori berat 63kg menentang Tina Trstenjak dari Slovenia di Nippon Budokan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Novak Djokovic dari Serbia menghempas raketnya pada acara tenis perseorangan lelaki untuk merebut pingat gangsa berdepan Pablo Carreno Busta dari Sepanyol di Gelanggang Tenis Ariake di Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Thomas Van Der Plaetsen dari Belgium cedera ketika acara lompat jauh lelaki di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Atlet berkelas dunia sedang berehat selepas selesai bertanding pada pusingan separuh akhir 1500m wanita di Stadium Olimpik Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Matthew Walls dari Britain meraikan kejayaan memenangi acara berbasikal 'points race' di Velodrom Izu, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Xan Gerdien De Waard (kiri) dan Maria Verschoor dari Belanda meraikan kejayaan menang emas di pertandingan akhir hoki padang wanita. Mereka menewaskan pasukan Argentina dengan 3-1 di Stadium Hoki Oi, Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Charles Fernandez dari Guatemala jatuh pada acara berkuda perseorangan lelaki di Stadium Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Sifan Hassan (kiri) dari Belanda yang pertama melintasi garis penamat pada pusingan akhir 10,000m wanita di Stadium Olimpik Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Pasukan Poland yang menduduki tempat kedua meraikan kejayaan mereka dalam pertandingan akhir lari berganti-ganti 4x400m di Stadium Olimpik Tokyo, Jepun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.Valentina Rodini (kiri) dan Federica Cesarini dari Itali meraikan kejayaan mereka dalam acara rowing di Sea Forest Waterway, Tokyo, Jepun. – Gambar EPA, 8 Ogos, 2021.Iryna Kindzerska dari Azerdbaidjan menewaskan Shiyan Xu dari China untuk merebut pingat gangsa acara judo wanita kategori berat 78kg ke atas di Gelanggang Nippon Budokan, di Tokyo Jepun. – Gambar EPA, 8 Ogos, 2021.
Komen