Doktor kontrak mogok seluruh negara


Hasnoor Hussain Najjua Zulkefli Afif Abd Halim Seth Akmal Kamal Ariffin

MOGOK doktor kontrak bermula dengan kira-kira 50 pegawai perubatan di pusat rawatan Covid-19 utama negara iaitu Hospital Sungai Buloh pagi ini.

Protes Hartal Doktor Kontrak seluruh negara itu bermula tepat pukul 11 pagi dengan kumpulan doktor mengenakan pakian berwarna hitam berarak sambil membawa poster dengan slogan “Kami pakar masa depan”.

Pergerakan itu diawasi pasukan polis yang menghalang peserta hartal tersebut bercakap kepada petugas media yang membuat liputan malah pihak berkuasa turut mengunci pagar hospital. – 26 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen