Hari pertama aksi Olimpik Tokyo


SUKAN Olimpik Tokyo bermula dengan atlet mewakili negara masing-masing mula beraksi.

Pada hari pertama temasya sukan berprestij dunia itu pada Sabtu, China meraih tiga emas dan atlet berbasikal Richard Carapaz mencipta sejarah sebagai atlet kedua Ekuador menang pingat.

Walaupun temasya sukan dunia itu ditangguhkan tahun lepas kerana pandemik Covid-19 dan pelbagai masalah wujud dalam pelaksanannya tahun ini, China terus kekal mengungguli kutipan pingat dalam acara menembak dan angkat berat. – 25 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen