VIRUS Covid-19 tidak hanya membawa maut, malah memusnahkan ekonomi dan kehidupan manusia.
Ratusan ribu orang hilang pekerjaan sejak enam belas bulan negara dilanda pandemik.
Menurut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial, seramai 100,000 hilang kerja tahun lalu.
Ramai yang sekelip mata jadi gelandangan, terpaksa menumpang teduh di kaki lima bangunan, di lorong atau bawah jambatan. – 17 Julai, 2021.
Mahalatechmi, 42, berasal dari Kampar, Perak, duduk di sebuah perhentian bas di Kuala Lumpur. Wanita ini datang ke ibu kota pada 2015 dan bekerja di sebuah restoran Cina selama empat tahun, dengan upah RM15 sehari. Beliau sebelum ini menyewa sebuah bilik dengan bayaran RM20 semalam. Kini, Mahalatechmi tidak mampu lagi menyewa selepas hilang pekerjaan sejak pandemik Covid-19 melanda. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Ariffin Arif, 50, bersama lukisan-lukisannya di depan sebuah kedai. Arifin tidur merata di sekitar Bukit Bintang sejak Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu. Beliau meraih sekitar RM100 hingga RM200 sehari hasil jualan lukisan di Bukit Bintang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Mohd Shafiq, 31, kebiasaannya tidur di kawasan terang atau berdekatan dengan balai polis supaya rasa selamat. Beliau hilang tempat tinggal selepas hilang pekerjaan baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Warga Myanmar, Armin, 45, berehat di sebuah perhentian bas di Kuala lumpur. Beliau bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel sebelum diberhentikan kerja. Armin merindui keluarganya di Myanmar dan berharap dapat pulang ke kampung halaman selepas pandemik Covid-9 berakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Surianto Jalani, 27, dan ibu saudaranya Ismawati binti Buwono, 41, berasal dari Medan, Indonesia. Surianto datang ke Kuala Lumpur pada 2015 dan sebelum ini bekerja sebagai pembantu restoran di Bandar Sri Permaisuri selama 7 tahun, dengan gaji RM 70 sehari dan tempat tinggal disediakan majikan. Beliau sudah membeli tiket penerbangan berharga RM490 dan sepatutnya pulang ke Medan pada 17 Februari lalu tetapi malangnya sempadan negara ditutup susulan PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari. Surianto terpaksa menjual telefon bimbit untuk terus bertahan selepas hilang kerja. Kini sudah 3 bulan Surianto tidur di jalanan bersama Ismawati yang juga hilang pekerjaan sebagai tukang masak di restoran di Kampung Medan. Tiket penerbangan Surinato telah dijadual semula ke 29 September. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.
Zuraini Kamaruddin, 41, ibu tunggal empat anak berasal dari Taiping, Perak. Zuraini dan anak-anaknya tinggal di sebuah bilik kecil di Chow Kit, dengan sewa RM25 sehari. Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Shah Alam selama empat tahun, dengan gaji RM2,000 sebulan. Zuraini diberhentikan selepas kilang tempatnya bekerja terpaksa mengecilkan operasi sejak pandemik melanda. Beliau bimbang di mana mereka lima beranak hendak tinggal kerana wang simpanannya hampir habis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Mohd Zahidi Che Don cuma hanya mampu berdoa dan berharap pandemik Covid-19 akan segera berakhir. Lelaki dari Mersing, Johor itu kini hilang tempat berteduh selepas diberhentikan kerja. Zahidi datang ke Kuala Lumpur pada 2016 dan mendapat kerja di Pasar Borong Selayang. Dengan upah RM80 sehari, beliau mampu menyewa sebuah bilik dengan harga RM350 sebulan. Zahidi kini berteduh di Pusat Kominiti Setiawangsa selepas lebih dua bulan tidur di jalanan di sekitar Chow Kit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Choo Chok Fong, 44, dari Johor, berehat dalam kawasan sebuah pusat sementara gelandangan di Kuala Lumpur. Choo sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di One Utama Food Court selama lima tahun sebelum hilang pekerjaan sejak PKP pertama kali dilaksanakan pada Mac tahun lalu. Beliau terpaksa menjadi gelandangan kerana tidak mampu menyewa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.Che Nor Kamarulzaman, 24, berasal dari Raub, Pahang manakala dan isterinya Zakiah binti Wan Daud, 29, dari Kulim, Kedah. Pasangan itu ke Kuala Lumpur bersama anak mereka, Nor Dayana Miasara, 7, dan Mohd Amirul Syafiq, 4. Che Nor bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur. Beliau tidak mampu lagi menyewa bilik berharga RM350 sebulan selepas pasar ditutup ekoran PKP. Mereka empat beranak tidur di depan bangunan Hotel Garden Inn supaya mudah untuk mendapatkan makanan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Julai, 2021.
Komen